Pages

Wednesday, 10 September 2014

Cerita Alif dengan mealshake :)

Dah lama Adek Somey tak jengah ‘rumah’ yg satu ini,..menunjukkan betapa ‘rajinnya’ adek somey. Hehehe.. ^_^
Assalamualaikum semua. Pagi Khamis 20140911 yg penuh barakah ni sy terpanggil utk berkongsi kelebihan mealshake sempena promosi hebat Meal Shakes buy 3 Free 1. Produk ‘laku keras’ Shaklee ni dan sangat mesra sebagai vitamin anak-anak. Tapi sebenarnya Meal Shakes sesuai untuk semua peringkat umur.
Berdosa sy tak share apa yg sy tahu. Kalau kalau terjengah blog mencari penyelesaian yg mungkin sy dapat bantu..

Anak kawan sy dulu kurus taknak makan. Satu hari kawan sy call, nk try mealshake sebab terbaca mealshake bagus untuk tambah selera anak anak. Well said, kawan minta tolong..haruslah sy tolong. Lepas consume mealshake, bangun je tido.. ‘ibu, nak acik’.. ngee minta nasi. Alhamdulillah..





Friday, 9 May 2014

Tips Soft Sell word

Ini salah satu yg saya belajar dalam Millionaire Marketing Mastery program #DAO yang mengajar tenteng ilmu kepakaran. Ok let me share teknik menguasai pasaran:

- Kepakaran mesti tidak terlalu panjang
-Focus pada satu perkara. Kalau ada 3, pilih satu yg betul2 suka dan pilih wilayah yg luas (market)--- buat betul betul kepakaran yg satu ini.
-30 banner
-Database customer.

Contoh ayat kepakaran

'Saya Adek Mahani Binti Abdullah;

kepakaran saya ialah membantu menyelesaikan masalah wanita yang ingin kekal cantik, gorgeous meletop letop, tegang, mantap. kekal sihat dan cergas!

Masalahnya ramai dikalangan wanita hari ini tidak sedar pentingnya pengambilan makanan tambahan untuk dapat apa yg mereka idam idamkan. 

99% wanita setakat ini berpuas hati dengan produk serta konsultasi yg saya berikan dlm mencapai impian masing-masing. 

Hari ini, saya bersyukur dengan keberkesanan produk ini saya mampu membantu lebih ramai lagi wanita diluar sana untuk hidup dengan lebih ceria. 

Sebelum ini, mcm mcm masalah saya dengar terutama kawan kawan terdekat yg ada masalah kulit tak bermaya, badan cepat flat & masalah susu kurang bg ibu ibu meyusu. 

sehinggalah saya mencadangkan mereka mencuba produk ini mengikut permasalahan masing masing dan kesannya Alhamdulillah.. masalah mereka selesai dan terus jatuh cinta dengannya.  

Terasa bererti dapat membantu menyelesaikan masalah dan menambah nilai hidup mereka. 

Saya bersama 'secret group' kami membantu anda mencapai impian. 

Download ebook kami sementara ia masih percuma
free tips. free consultation.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adekmahani

Bagaimana saya membantu menyelesaikan masalah gastrik yg teruk.

---Berdosa kalau sy tak share---

Berdosa kalau sy tak share tentang #pappermint gingger plus. Berapa ramai mereka diluar sana yg ada masalah gastrik, masalah angin yg teruk. yg bersimpul simpul memulas tapi angin taknak kuar.

Lagi teruk bila mai angin ni, nk solat susah,..sampai nk gelak pun tak boleh. nk buat apa pun tak selesa. 

Sebelum ni sy hanya mengikuti testimoni kawan-kawan. Pernah ada satu testimoni saya sendiri, Alhamdulillah lepas cuba #pappermint gingger plus ni masalah gastrik yg teruk dihadapi ibunya dah berkurang.

Sehinggalah saya sendiri cuba. Saya juga punya masalah yg sama. kalau travel mesti berangin perut ni. tak selesa.. nk k****t tapi taknak kuar.. memusing musing..

Masa ke MMM baru baru ni, nasib la sy terganas tangan bawa #pappermint ni spare. Bukan hanya saya, kawan2 yg mula rasa berangin sy bagi pappermint ni. Alhamdulillah.. berkurang masalah mereka.

Masalah angin ni nampak kecik ep..
Tapi kalau kena, tak tahan.. Bayanglah nk k****t, nk sendawa tak bole. Tapi memulas-mulas.

sesapa ada masalah ni yg rasa perlu saya bantu, bole pm inbox. InshaAllah sy bantu setakat mana mampu.

Image of Pappermint Gingger Plus



AdekMahani
-0195914240-

Master love to share

Monday, 5 May 2014

Bagaimana saya terjebak dengan MMM ^__^

---->Dari BANGKIT saya terjebak ke MMM!

Teringat masa mula mula joint seminar doc. BANGKIT pada 20140105- sy tak kenal pun org yg tolong register nama sy ke seminar tu. Dia seorang kawan dari kawan saya yg lain. Time tu sy sorang.. tak kenal sorang pun dalam keramaian tu.  Tak kenal dan taktau pun macam mana. Tak pernah joint lansung seminar- seminar bagai ni. Buat business main redah je. Langgar dinding tergolek. Bangun, langgar lagi..Hehe.
..Time ni Doc bercakap tentang BANGKIT. Tentang MESTI. Tentang POWER..

Masa tu sy pelik giler org2 yg berdiri atas kerusi masa berbara bara bere bere. Mcm pelik jer.. hehe. Tapi mmg best habis lah seminar tu.

Kali kedua sy joint lagi. BANGKIT 2014 pada 20140305. Kali ni sy dengan opismate saya @Puan Domok a.k.a Norina yg comel. Best yang tersangat-sangat best. Masa ni tak reti sangat lagi berbara bara bere bere. Ahh..goyang je lah..ikut je.
..Kali ni Doc menyebut tentang hubungan dengan Allah. Tentang 101 impian. Tentang mentaliti.

Pastu 3rd time, sy joint lagi. BANGKIT BERNIAGA 20140330. Kali ni saya dengan dua orang opismate yg gorgeous. Ana+ Ruby. Norina masa ni balik KL. Jadi dia attend  yg kat KL.

Sekali lagi berbara bara bere bere..hhi. tak reti jugak lagi haaa :D. Tapi perasaan pelik org berdiri atas kerusi kurang sikit dah. Kali ketiga kan... . Kali ni Doc bercakap tentang kepantasan tindakan, konsistensi, tentang marketing. tentang MMM (MILLIONAIRE MARKETING MASTERY) di MIECC 

Terasa nak joint..tapi dalam hati mahalnya tiket .. Masa tu rasa mahal sangat!.. Nak joint tu teramat. Aura sudah teramat amat nak. Tapi... (see..#alasan) satu tiket RM2997 untuk general seat. Offer  buy 1 free 1..mean 1500.. mahalnyaaa...wuwuu.. Rasa mahal sebab sy hanyalah sorang technician yg dahagakan perubahan luar biasa berlaku dalam hidup! tapi walaupun mahal  sy congak kembali,ilmu apa pulak yg sy akan dapat selepas tu..

Pastu..baliknya senyap. Nak ke tanak..tanak ke nak.. congak lagi kau jah..berkira sungguh nk cari ilmu. Sampai la 2-3 hari sebelum MMM. 

Saya ingat masa tu weekend. Sy tak kemana hari tu. Takde sale..takde cod. Jadi dok je lah umah. Sy lapangkan diri hari tu..sy berdhuha. Tetiba iphone5 hadiah dari suami berbunyi. Cewahh..nk jugak bgtau ada iPhone..hhi. takpe lah..biar je dia bunyi.
Usai 2rakaat, sy terasa nk lagi 2rakaat. Sy pun sambung..usai, sy berdoa,.. ya Allah..sy nk jadi org yg kaya dan berjaya untuk sy bantu suami sy, untuk bantu mak..untuk bantu mak mertua saya..untk bantu ramai lagi mereka diluar sana. Tolong saya ya Allah..Beri saya jalan..Beri saya petunjuk dan hidayah. Sy nak lagi satu tahun pendapatan saya lebih dari RM10000 untuk sy berzakat dengan lebih banyak. Bersedekah dengan lebih banyak. Airmata saya jatuh. Hari ni sy hanya mampu sedekah 50 paling tggi. Sy nk sedekah lebih banyak dari tu ya Allah.. 

Panjang sy mengadu. Usai, sy lipat lipat telekung. Baru lah tergerak hati tgk hp. Ehh..Norina yg call.. nape ep dia call..tak pernah pernah call ni. Sy pun whatsup.. nape ye call?..

Pastu norina bgtau pasal MMM. Ya Allah..sy tsentap. Inikah yg Allah jalan sedang yg kau berikan. Entah macam mana, naluri saya dekat sangat dengan MMM. Saya nak..sy nk ubah hidup sy. Hidup kami.

Pastu, sy kuatkan diri bgtau suami. Dengan hati yg sangat mengharap, dia lepaskan sy pergi dengan rela. Sy solat lagi. Nangis lagi. Taktau kenapa mudah sangat airmata sy tumpah. Sy mohon ya Allah.. tolong gerakkan hati suami, izinkan saya pergi. 
Malamnya..dengan lafaz bismillah... sy minta lagi izin pemilik pintu syurga sy.. ‘B, yunk minta izin nk p Program doc kat KL..yunk dengan Norina+Ana. B, yunk janji ini last yunk minta izin B..lepas ni yunk tak minta dah..

Allah dengar doa saya. B dengan rela..dengan ketidak paksaan cakap...pegi la. Tapi b nk tgk perubahan. Ya Allah ya Allah.. syukur. Malamnya tu sy tdo dengan hati yg sangat tenang. Tak sabar esok nk bgtau Norina+Ana hubby beri keizinan.

Esoknya tu jugak sy keluarkan saving utk ke MMM. Ana yg uruskan.. tak sabar sy nk berkampung dengan semua manusia bakal jutawan ni.

Alhamdulillah..berkampunglah kami 30Apr- smlm 4Mei...tak terkata sy sepanjang 5hari ni betapa banyaknya..betapa awesomenya ..betapa indahnya ilmu yg doc sampaikan. Tiap kali doc naik pentas, tiap kali itu lah bulu roma saya meremang. Auranya guru itu. 

Tak sedar 5hari berlalu, hari last dari pagi sy rasa sebak. Masih belum cukup ilmu 5hari ni. Rasa syukur berbaur dengan sebak. Rasa cepatlah masa berlalu,..sy mohon ada lg kesempatan berada dalam IMKK pada Jun nnt. Kami peserta MMM dapat 3 tiket free ke IMKK. Pemberian doc untuk dihadiahkan pada  org tersayang. 

Awesome.
Sy taktau nk cakap apa. Saya hanya mampu berdoa org yg sy sayang jika dia terbaca post ini.. moga dia faham kenapa sy nak dia ada dengan saya di IMKK nnt. Moga titik permulaan penghijharan hidup biasa biasa kami lebih indah. Audience, doakan saya dan #suami dipilih oleh Allah untuk ke IMKK bulan depan. Sy hanya mampu berdoa. Selebihnya sy serahkan pada Allah 

MMM the best! MMM pengalaman yg indah.
apa sangatlah yg saya bayar dengan ilmu yg doc berikan. Tq doc. Tq soo much..u are  awesome.

Monday, 21 April 2014

WHEN YOUR DREAM IS BIG ENOUGH, THE PROBLEM IS NOTHING!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum korang. Akhirnya  siap jugak  perkongsian sedikit  ilmu yg sy dapat baru baru ni.. agak lewat..lepas seminggu lebih baru sempat nk share..untuk kawan kawan sy yg berbusiness tak kira lah business apa..moga perkongsian ini memberi manfaat utk korang. Untuk anak-anak yg baru nak bermula,.. bersihkan hati lepas baca apa yg momy kongsikan. Aishehh..bermomy plak I. Hihiii..

Bz teramat sy baru baru ni. Memenuhi  tuntutan mengutamakan yg mana lebih utama..hari ni baru sempat nk kongsi.  Allah bagi sy dada yg lapang malam ni untuk utk berkongsi ilmu mereka yang berjaya. Sy kutip lalu saya kongsikan. Jika bermanfaat, saya halalkan korang amik dan apply. Semoga kita sama sama kaya dan berjaya!..insha Allah ;)

‘group coaching’ 20140412 by Master MariaFirdaus. Jika kedua master ini terbaca blog ni, mohon halal segala ilmu yg sempat sy kutip hari tu. Pengalaman serta ilmu yg sungguh ohsem. Terima kasih sekali lagi master!

Ok.. lets share. Tentang HATI, AKAL dan JASAD yg harus selari..sebelum tu sy nk kongsi dulu mastery formula towards millionaire success which is B/E/R/A/N/I.

B: Berguru
E: Elmu (Ilmu tentang Emosi)
R: Rohani ..  Hubungan dengan Allah,Letakkan Allah sentiasa dihadapan dalam apa hal sekalipun kerana Allah yang bukakan seluas luasnya pintu rezeki.
A: Action (Tindakan)
N: Niat yang betul.. Jangan berniaga sebab nak kaya, tapi berniagalah sebab nak tolong orang. Insha Allah ,..kita terpaksa jadi kaya.
I: Impian yg jelas.

Bercerita tentang R (rohani)... part ni paling terkesan lepas sy joint group coaching tempohari.. Jujurnya.. sy bukan org yg baik. .sy manusia yg penuh dengan kelemahan. Penuh dengan khilaf,..Rohani yg tak terurus. Di sini silap saya rupanya. Sy tak endah pasal master checklist yg master2 tekankan. Sy main redah je buat business. Konon pandai sendiri. Akibatnya.. rempuh lah sy satu dinding ke satu dinding. Failed.

Takpe..belajar dari kesilapan. Tapi bayangkan la kalau saya buat semua ni dari awal. Belajar dengan mentor yg betul. Belajar ilmu tentang emosi.. menjaga rohani. Niat yang betul..sy tak pernah terfikir buat business sebab nak kaya,.. moga Allah sentiasa pelihara niat sy untuk bantu orang dan jauhkan saya dari sifat tamak.Alhamdulillah saya berada dalam group yg sangat betul.. bayangkan jugak kalau dari dulu sy dengan Tindakan yg betul serta selari dengan hati dan akal dan Impian yg jelas. Di mana kah saya sekarang kalau sy sedar akan semua ni dari awal.

Kenapa ramai orang GAGAL dan terus GAGAL

Masalah ramai orang hari ini fikir nk buat business susah. Nk buat ni susah..nak buat tu susah. Hati ni berkeladak dengan rasa susah. See.. bila kita berwirid ‘susah’ dengan Allah..maka susah lah jadinya.. ..kenapa fokus pada masalah. Kenapa tak focus pada penyelesaian.

Kita sebenarnya takut..sedang kita tahu, perjanjian Allah itu benar. 9 dari 10 pintu rezeki datangnya dari perniagaan. Tapi kita sangat takut. Bila takut, bermakna kita tidak yakin dengan Allah.

Sebab ramai orang GAGAL dan terus GAGAL bila ketiga benda yg sy sebut di atas tadi tu tak selari.

Emosi bergantung apa yg kita nak, dan yang kita nak tu of coz la besar giler
Akal plak berdasarkan pengalaman dan ilmu yg kita belajar.
Tiba tiba tindakan kita hanyalah ‘ biasa-biasa’. Sedangkan Emosi sangat gah. Di sini yg tak kenanya.  EMOSI, AKAL dan TINDAKAN tak selari. Bila EMOSI terganggu, akal akan bertindak mengikut EMOSI. Automatically TINDAKAN pun out.

Jadi.. bila EMOSI  dalam berimpian tu besar. AKAL akan buat ikut EMOSI. Seiringkan dengan TINDAKAN yg luar biasa untuk realisasikan IMPIAN yg besar tu.

MACAM MANA NAK ATASI MASALAH ?

Di sini lah fungsinya R (Rohani)
-Jaga hubungan dengan Allah
-Jaga hubungan dengan ibubapa
-Jaga hubungan dengan suami/isteri
-Selawat
-Sedekah
-Cari kawan2 yang positive
-Jadi yg terbaik diantara yg terbaik.

Jaga hubungan dengan Allah
Kata mereka yang berilmu kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
-berDHUHAlah
-berSEDEKAHlah
-SUNAT TAUBAT tiap tiap hari.
-TAHAJJUD
-ZIKIR DAN SELAWAT
-SUJUD SYUKUR
-Wirid la dengan Allah..minta pada DIA, dan kalau perlu menangis, menangis lah.

MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

Apa yg kita nak sebenarnya dalam hidup ni?..  cuba paksa diri listkan 101 matlamat yg kita nak capai dalam hidup ni.

Bila kita start fikir, emosi akan mula terasa macam mana nak buat dan seiringkan dengan tindakan yang selari mengikut emosi dan akal. Masa nak tulis tu tulis dengan perasaan macam apa yg kita nak tu kita dah dapat. Kira konfiden tahap dewa la ni. Hehehhh...

Dalam 101 impian tu, cuba listkan pulak 6 matlamat utama yg paling paling nk capai.
Contoh :
-Dalam masa satu tahun lagi- siapa kita, dimana kita?
-Income berapa dalam masa 1tahun dari sekarang?
-Kerohanian. Apa yg kita nak ubah rohani kita ni. Contoh nk solat cukup 5waktu..diawal waktu.Nk dhuha dengan sangat konsisten. Nak baca Al-Quran tiap2 hari walaupun sepotong ayat. CONTOH LAH
-Nak baiki hubungan. Dengan suami contohnya. Dengan mak ayah,..dengan family mertua kalau ada yg sikit2 tak kena, ce tulis.
-kereta impian. Nak kereta apa dalam masa satu tahun lagi ni bila income yg no2 tadi dah ada dalam tangan..adess..:) crv crv crv..wuwuuuu
- nak sumbang berapa sebulan. Nk sedekah berapa sebulan.. tulis dengan jelas semua ni. Dan berwiridlah dengan Allah Taala.. disamping usaha serta tindakan yg betul.

Ok.
Sy suka nak berkongsi tentang ini. Berkongsi tentang jiwa yg tenang. Jangan percaya apa saya kata tapi buat jaa. Sebelum solat, tarik nafas dalam2..dalam kiraan 4 saat. Tahan. 2saat. Dan lepaskan dalam kiraan 8. Solatlah dengan hati yg tenang..inshaAllah. sy sangat suka berkongsi  ilmu yg baru ini. Alhamdulillah..lepas amalkan, solat rasa sangat tenang. Terima kasih master tentang ilmu ini.

WHEN YOUR DREAM IS BIG ENOUGH, THE PROBLEM IS NOTHING

Bagaimana otak berfungsi. Bahasa bagi otak adalah gambar. Jadi, visualkan lah semua impian2 korang. Nk kereta apa..nk bercuti di mana.. US kah..Italy kah?.. BALI kah?.. visualkan.

Jangan focus pada masalah. Jangan fokus pada kesedihan. Switch. Kita tukar.

Kalau berfikir, berfikirlah yg luar biasa.
BerEMOSI lah dengan luar biasa
BerTINDAK lah dengan TINDAKAN yg luar biasa

Dan.. result pasti luar biasa. Kalau tak luar biasa jugak..ce check apa lagi yg korang tak buat. Ada tak mak ke, ayah ke..husband ke yg terasa hati dengan korang. Balik, betulkan.

Emm..

Ada lagi 7helai nota saya nk kongsi dengan korang2..tapi  masa tak mengizinkan. InshaAllah..esok/lusa saya sambung. 

Keep chill~ assalamualaikum. nunitee ^_^

Wednesday, 26 March 2014

Dikelilingi Aura POSITIVE-- Master Coordinators Celebration

20140322~ Dikelilingi aura Master

Hari ni dah 20140326. Baru berkesempatan berkongsi cerita.

Weekend lepas, saya lapangkan diri ke Master coordinator celebration di Equatorial hotel, Penang. Mengambil aura mereka yg berjaya. Aura yang sangat positive. Saya dengan officemate sorang. Bawa push factor saya bersama. Mak.

Saya gambarkan sedikit suasana sebelum majlis bermula. Lepas pendaftaran, lunch disediakan, so bawa la mak makan. First time bawa mak makan kat hotel.. kesian mak..mak tak biasa.. Dalam hati sy doa, suatu hari sy nk bawa mak lagi ke tempat mcm ni. Sambil makan sambil snap 1-2 picts untuk saya kongsikan. Usai je makan, sahabat bawa mak ke surau untuk tunaikan fardhu. Saya keuzuran.



Dalam 3pm+ majlis bermula. Aura juga bermula.
President shaklee Malaysia mulakan majlis dengan penuh semangat.

Beliau berkongsi tentang ‘Kunci kejayaan’. DUPLICATION. Duplicate atau bahasa melayu nya TIRU orang yg berjaya InshaAllah kita akan jadi macam dia. TIRU exactly apa dia buat.

Jangan bertangguh! Jangan ‘ahhhhh nanti lah’.. ‘esok lah’..JANGAN! Kalau tangguh sampai bila pun kita takkan start.

Bersungguh sungguh! Dan jangan buat sesuatu kerana terpaksa. Buat kerana kita suka. Buat, redah, dan tawakkal  pada Allah. Minta dengan Allah. Sebenarnya lepas sy joint beberapa seminar.. berkongsi pendapat serta ilmu dengan rakan lain, saya gabungkan..apa yg penting untuk kaya dan berjaya adalah penyucian jiwa. Basuh jiwa bersih bersih, jaga hubungan dengan Allah. Kemudian carilah ILMU. Cari Mentor yg dah berjaya. Dan TIRU apa dia buat.

Cari push factor supaya kita bersungguh sungguh dengan sesuatu. Dalam hal ini.. mak adalah push factor saya yang pertama. Besar hajat mak nak ke tanah suci. Hampir tumpah airmata saya mengenangkan push factor yg pertama ini. Dan saya berazam..sy nk realisasikan impian mak. Push factor sy yg kedua,  Sy harap dia terbaca blog ini. Sy taknak dia kerja teruk utk kami. Sy nk tolong dia. dan kalau boleh susah senang sy nk bersama dengan dia. Insha Allah..

Melayang jauh sy bersama cita dan harapan. Suatu hari nanti insha Allah,.. sy akan diatas pentas tu..


Barisan master masuk sejurus nama diumumkan president. Master Maria dan Master Firdaus pun ada. Ohsemnya tgk para master  berjalan atas red carpet. Dalam hati, insha Allah :)

Usai majlis;
sy jumpa Maria. Master Maria. Apa harus saya buat...InshaAllah..sy kongsikan dalam blog seterusnya  ^-^ ...


 Mereka kaya dan berjaya
 Kalaulah sy salah seorang dalam tu :)
 Master MariaFirdaus.

Saturday, 8 March 2014

PERKONGSIAN seminar BANGKIT Dr.Azizan Osman

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, seperti apa yg sy janjikan 2-3 hari lepas di laman muka buku sy utk berkongsi apa yg sy dapat..apa yg sy rasa dari seminar BANGKIT 2014 oleh Dr. Azizan Osman pada 5Mac lepas. Sy combinekan perkongsian ini dengan 1st session sy joint seminar dr pada 5Jan lalu. Mungkin banyak kelemahan dalam perkongsian ini kerana sy bukanlah seorang penulis. Hanya berniat utk berkongsi  rasa dan cerita serta ilmu yg sy kira bermanfaat.

Sy gambarkan sedikit permulaan seminar itu. Pendaftaran bemula sekitar  jam 7pm. Ramai sungguh mereka yg nakkan perubahan dalam hidup. Lepas mendaftar, sy dengan sorang officemate pusing2 sekitar kawasan yg penuh dengan peserta yg beratur  depan pintu masuk.semua tak sabar..dan semestinya lah semua merebut tempat paling depan. Sangat ramai..fuh! sambil  pusing sambil ambil sekeping dua gambar  sebagai  kenangan ..untuk di update dalam blog..dan secara tak langsungnya sebagai  pembakar semangat kami.
 
Dalam hati nk beratur jugak..nk duduk depan. Tapi fikir2 balik, utamakan lah yg mana lg utama.Kami ke surau sejurus itu. Ingatkan kami antara orang terawal. Rupanya surau  dah penuh. Mereka lg awal tggu waktu menunaikan kewajiban seorang Islam..Kami 2nd batch..sambil tggu, sy berbual dengan beberapa org peserta,,dalam kiraan saya kelihatan mereka berpangkat kakak. Mereka sangat positive..bibir tak lekang dengan senyuman.
Usai solat magrib kami ke dewan. Dah penuh..kami agak ke belakang..takpe la..janji apa yg nk disampaikan.. sampai. Sebelum seminar bermula, kami warm up sikit dengan lagu rancak ‘bara bara’
Hhi..best. ini 2nd time sy joint seminar Dr.. semangat sungguh kami ber’bara bara bere bere’..masuknya DAO.. dimulakan dengan surah  alfatihah..sangat best seminar yg beliau sampaikan, kelakar..penuh semangat..penuh pengisian. Sepanjang seminar, semua peserta tumpukan sepenuh perhatian. Hingga saat sy tersedar peserta disebelah kiri sy teresak. Sy pusing sikit ..harap dia tak perasan.. dia menangis. Betapa apa yg disampaikan DAO sampai terus kehatinya..fikiran sy, mungkin. Saat itu kami diminta bangun..pejamkan mata. Bayangkan keadaan waktu itu..keadaan dimana  kami sudah berjaya capai apa yg kami impikan setahun lepas. Berapa ramaikah diantara ahli keluarga kita yg hidupnya terbela menumpang kejayaan itu. Siapakah org pertama yg kita nk balas budi dia..siapa.. saat itu sy juga tersentuh. Tergambar perit jerih mak membesarkan sy setelah arwah abah pergi.

Sejujurnya.. Naluri sy sangat tersentuh. Tersentuh untuk mengubah kehidupan ini. Dari  kehidupan biasa2 pada kehidupan yg luar biasa. Untuk capai kehidupan luar biasa, fikiran juga harus luar biasa. Org yg mampu buat RM1500 sebulan maka hanya itu lah kemampuan otaknya. Kenapa pulak ada org yg boleh buat RM350000 sebulan. Daripada kosong..beza apakah?..

Pertama sekali kata DAO .. cuba check semula connection kita dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah..solat. kalau ini pun kita tak mampu, macam mana kita nk berjaya walhal kita tahu Allah itu maha kaya. Dia yang memberi, kenapa susah kita nk meminta. Dia boleh pilih sapa yg Dia nk angkat..dan Dia boleh pilih sapa yg dia nak jatuhkan. Minta lah dengan Allah kerana kekayaan yg sebenar adalah kekayaan jiwa.

MENTALITI- Apa yg ada dalam otak, FOCUS! Selarikan dengan TINDAKAN. Tuliskan MATLAMAT/ IMPIAN. Dah alang2 nk berimpian..tuliskan IMPIAN yg besar.  Tuliskan dengan jelas. Write clearly whats your goals. Write 101 ur goals.. Mentaliti jutawan dengan mentaliti org yg biasa biasa tak sama..Org berjaya ni akan lebih positive. Bila ada org berjaya..di doakan org tu bertambah berjaya. Bukan dengki. Tapi tak ramai org mcm ni dikalangan kita, dari pemerhatian sy. Kalau 500 friendlist dalam muka buku, 499 org akan kondem bila kita sedang berusaha untuk berubah.. jauhkan org mcm ni. Berkawan dengan org yg positive, maka positive lah kita. Follow EXACTLY apa org berjaya buat.

MAGNET- Allah mengikut sangkaan kita. Jadi bersangka baiklah pada Allah. Nk jadi jutawan, cari jutawan sebagai MENTOR anda. Dan ikut exactly apa mentor tu suruh.

BANGKIT? Apa maksud BANGKIT?
B- Business
A-Akan
N-Naik
G-Guna
K-Kuasa
I-Ilmu dan
T-Tindakan.

Itu definisi BANGKIT. Ramai yg tak sedar bahawasanya modal pertama business adalah ILMU. Ramai yg sangka nk mulakan perniagaan perlu modal yg banyak. Tak! Modal pertama adalah ILMU. Kalau modal banyak tapi takde ilmu, inshaAllah GAGAL. Jadi cari ILMU dulu. Cari MENTOR.  Kemudian ILMU itu lah yg merubah hidup. Kuasai ilmu..Kuasai tindakan.
Knowledge become more successfull

Antara perkongsian lain... Bersyukurlah dengan bersedekah .Kurang sujud / jauh dari Allah, Allah akan tarik ketenangan.

MESTI. Apa tu MESTI?
M- 1)Matlamat yg jelas
      2)Mentor- cari orang yg boleh ajar kita. Kalau tak dapat, kerja dengan dia.
E- Ilmu tentang EMOSI – Ilmu belaian jiwa. Ilmu tentang kegembiraan orang
S- Strategy/ system
T- Tindakan- Tindakan yg luar biasa.
I-Impian yang jelas. Niat yg betul.

Banyak lg perkongsian Dr sebenarnya. Tapi cukup sampai sini dulu perkongsian saya kali ni.. Maaf atas segala kekurangan. Sy mengajak anda untuk berubah.. InshaAllah pilihan kita hari ini menunjukkan siapa  kita pada masa hadapan. Terima kasih kerana tegar membaca hingga titik ini. Assalamualaikum. Semoga kita semua kaya dan berjaya.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adekmahani


SEMINAR BANGKIT - 5MAC 2014

IXORA HOTEL, PENANG.
TGGU TURN TUNAIKAN YG MANA LAGI UTAMA











Wednesday, 26 February 2014

Mak sangat sihat dengan set sendi. Alhamdulillah :)

-20140226-

Minggu lepas alkisahnya ni. Balik kg jenguk mak ayah.. (tiap2 minggu balik lately ni..Hehe)
dah alang2 nk balik tu bawa balik produk2 set org tua tua ni, mak la pesannya. Mak kata 'ubat mak da abis' ..kawan2 mak nk jugak sebab tengok mak sihat lepas consume set sendi shaklee. Sy pun bawa balik lah.. Malas nk bawa balik sebenarnya sbb umah sikit bukit. Tak larat nk bawa turun. Tinggal dalam kereta sesekali mmg tak la.. Sy jaga vitamin sy mcm sy jaga customer2 sy.. Tapi sebab kawan2 mak nk tengok, sy bawa balik jugak. usung pun usung lah :)

kawan2 mak mcm tak berapa ada budget,..susah sy nk advise nk amik apa mulanya..at the end saya cadangkan amik trial set dulu. murah sket..Lg plak kalo amik banyak2 kalo tak serasi kesian makcik2 ni. kalau amik sikit tak la rasa bazir sangat.. Niat sy satu. kalo bole nk makcik2 ni sama sama sihat cam mak.

Mak plak awal lg dah bgtau..'adek, ubat mak da abis'.. hhe. mak sangat comel.
So utk mak ESP1 + (ajht + ostematrix + Omega) utk 2mggu. makcik yg kawan mak tu sy cadangkan benda yg sama kecuali ESP sebab belum ada budget. Pakcik kawan ayah plak sy bg omega utk 2mggu. Ayah pun sy bagi Omega. utk 2mggu jugak.

Balik la sy ke Kulim. Selang 2-3 hari mak call.. 'kawan ayah tu pesan nk susu mcm mak tu dek'
Mak panggil 'susu' ESP tu. hhi.. ha ok la mak nnt balik cek bawa balik. So last weekend balik lg kg. Sambil makan kenduri sambil COD kat pakcik tu. Lepas bgtau dia cara minum bagai..sy doakan dia dalam hati semoga kesihatan pakcik ni tambah baik. InshaAllah.

Lastday kat kg masa otw balik, terserempak sy ngan kawan2 mak yg baru balik mengaji. Salah sorangnya makcik yg hari tu. Sy turunkan cermin keta.. tanda hormat. Mak ajar..hhe
Makcik tu nk jugak ESP. Alamak..sy suda kehabisan stock. Makcik tu kata takpa la nnt bila balik, bawa balik sekali. Huhhh..lega. Allah memberi sy peluang utk menambah nilai hidup makcik tu dengan cara ni..InshaAllah.. mggu depan kalau cek balik, cek bawa balik :)

Seronok sangat life baru sy ni. Dapat bantu banyak org. Specially insan yg paling sy sayang. 
Mak, terima kasih atas segala perit jerihmu kudratmu membesarkan ku setelah arwah abah pergi. Tak terbalas jasa itu mak. Terima kasih Allah atas anugerah tak terhingga ini.

AdekMahani
0195914240

 adek, mak, abg







Monday, 17 February 2014

mealshake untuk sicomel

Seronok sungguh sy dengar feedback dari ibu Alif. Lepas consume mealshake 2bulan lepas, bangun je tdo..' 'bu ..na cik'.. padahal sebelum ni kemain susah lagi nk makan. Budak nk membesar kata kan..Dia plak hiper active.
Ibu mana tak risau..badan makin susut. Makan takmau. asyik main ja.
Hhi..Alif2..

Ibu Alif call tnya pasal mealshake ni. Sy pun berceritalah serba sikit utk siapa sebenarnya mealshake ni?..
Semua golongan!.. . Dari bayi, pelajar, kanak2 membesar, ibu mengandung, ibu menyusu..orang tua,.. orang sakit, kira semua bole. 

Selain untuk tambah selera makan, mealshake ni sesuai sangat lah utk yg tak sempat nk bekfast . Utk sapa yg susah nk makan tablets bole amik mealshake. Rasa dia sedaaap. ..nyummm :)

Mulanya ibu Alif risau sebab Alif ada thalassemia (kurang sel darah merah). Sy confirmkan dengan group yg senior2..thalassemia bole consume mealshake.. so takde masalah lah kalau ibu Alif nk try bg Alif. Bole ibu tumpang sekali..share dengan adik ye Alif.. Adik yg dalam perut ibu tu.. Hehe

Ibu Alif buat pilihan bijak. Lepas je consume mealshake ni selera Alif, alhamdulillah.. Kira sampai ibu dia call kata tak larat nk dukung la. Hhhe.. comey si kecik nih.. Bangun je tdo minta nasi. Hahaa.. mcm tu la anak aunty..Aunty doakan Alif, ibu Alif serta adik Alif yg bakal lahir nnt sihaaaat selalu. Takmo nakal2 ye syg :)


Sunday, 16 February 2014

sesi menyedut aura master ^_^ mOre u give, mOre you will get back

Bulan lepas punya cerita. _20140111_
Sessi menyedut aura2 positive dari master MariaFirdaus. Mmg humble .. Mmg best. Mmg superb. Tak sombong master2 ni walaupun sudah layak untuk sombong. Mereka inspirasi sy.


Kami tak ditinggalkan terumbang ambing dalam mengharungi dunia business.
Kami diajar mcm mana cara on9/off9 marketing. TQ master!! Hehe.
Patut la bonus sy bulan ni lebih sket dari bulan sebelum tu. InshaAllah.. akan terus naik..
Naik lagi..naik lagi.. amiiiin. :)
Dan sy berharap bila nanti saya diberikan kesempatan oleh Allah utk duduk sama sama mereka, tolong tetapkan hati sy Ya Allah supaya saya juga takkan sombong.
ya sy bakal jutawan yg takkan sombong :)

EHH??..kenapa sy mcm cakap besar ni. HHE
Bukan..bukan cakap besar. sy sedang cuba menipu otak sy dan sy harap dia percaya.

Semalam saya terbaca post dari Master Firdaus tentang 'BELAJAR TIPU OTAK'
Owhh..banyak kesalahan saya sebelum ni. Bila orang tanya mcm mana business, apa saya jawab?..
 'Boleh la sikit sikit.' 
 'slow slow la'
 'bukan senang..susah jugak sebenarnya'..

Patut la result yg saya dapat~~~~~ Emm..bole la..
Patut la result saya dapat slow!! tak mcm org lain yg kencang,.. Patut la susah ja rasa. Haaaihhhh..banyak kesilapan sy disitu. Sebab apa yg kita cakap tu sebenarnya adalah DOA. Tak sedar yg kita dok cakap tetiap hari tu doa doa doa!

Dah 3series sy mensabotajkan diri tanpa saya sedar. Hhuuu...
Lainkali bila org tanya.. mcm mana businass. Ni jawapan dia.
'ALHAMDULILLAH.. business saya makin maju, saya yakin business saya berpotensi. Saya yakin business saya akan berkembang.

Katanya dalam hati, sentiasa tanam perkataan JUTAWAN selalu sebut walaupun kita tak tahu mcm mana nk dapat. Biarkan otak tertipu dan bila dia percaya , InshaAllah kita akan dapat apa yg kita sering sebutkan.

Pembaca sekalian..Kita semua jutawan suatu hari nanti, InshaAllah ^_^

AdekMahani




'

Thursday, 13 February 2014

Testimoni set subur shaklee

20140213

Kisahnya mcm ni.. last 2-3weeks, I p Penang COD slimming set ipar I.

Sambil melawat anak buah jatuh motor. Bagi dia vitC sekali utk kuat system imun badan dia. Sembang cocet cocet..mcm mana bole jatuh bla bla blaa...actually tak teruk sangat pun. Tapi dah namanya anak buah kan..mcm anak i jugak. Ngada je lebih tu.. hehe.. (mati i kalau dia baca blog nih) 

Masa melawat tu ada jugak relative lain dtg melawat. Ahaa.. mereka ini ada consume set kesuburan dengan I November around. I tengok wife.. dalam hati nampak lain. Nampak macam berisi sket. Tapi I diam jerk.. mcm tak sesuai kalau terus tegur nampak berisi kan..

Lepas cod, kami kuar lepak Padang Kota. 


I, anak buah yg tak berapa teruk sangat eksiden tu , kezen I & mereka husband and wife. Sambil lepak.. sambil makan..sambil sembang..
Then macam ada sesuatu yg tak kena. 

'Dik, org mengandung bole makan laksa tak?..'

I terus jawab tanpa tgk diorang 'ehhh bole la.. org bersalin yg tak bole.


Diam~~

Dalam hati hairan sat.............kenapa dia tanya mcm tu?..

I pusing tengok dua dua senyum.

Hey?..pregnant?..

Dua dua senyum. Sambil angguk. 2bulan+!! 

Subhanallah ya Allah :')


Hubby and wife ni consume set kesuburan dengan I since Nov. Tak ada repeat order!!.. diam diam dah berisi.. Ya Allah..I yg over excited. Haha! Ye lah.. this is my first customer yg consume set kesuburan ni..and success dengan izin Allah SWT.


Tahniahnyaaa rasa

Tahniaaahhhh sangat.

Dalam hati I ni ya Allah..syukurnya.. 

Berbunga-bunga hati

Apapun semua ni izin Allah. kalau Allah belum izin, apa kudrat I membantu.

I advise minimum set je dengan diorang.

WIFE:
GLA+ ALFALFA

HUBBY:

ZINC+ VITA-E

Alhamdulillah.. positive.


I doakan u sihat sampai selamat melahirkan.

Business kan bukan sebab nak untung semata mata. Niat tu penting. Niat utk tolong orang InshaAllah, Allah akan tolong kita. Do the best, Allah do the rest ^__^


Adek Mahani
0195914240
FB: Adeksomey

Thursday, 6 February 2014

Ibu Kucing

'Ibu kucing' 20140131

Hati tersentuh dgn kejadian tadi. sedang sy mngemas2 bilik tengah, sy buka almari nk kemas baju somi. ngah ngemas2 tjumpa Anak kucing. Ehh Dari mana Anak kucing ni. Kami takda kucing.

Sy panggil somi.
Somi kata bawa kuar. Naluri sy tsentuh- kesian tgk anak kucing tu tapi dia Akan mati Kalau biar kat ctu.

Sy bawa dia kuar. Dgn harapan ibu kucing dtg amik dia. Sy Amik kain balut dan Sy titis air dlm mulut dia. Kesian sangat Anak kucing ni. Da berapa hari agaknya dia tak susu ibu.

Teringat 2-3hari lepas balik balik keja Ada kucing lari kuar dari bilik tu lari ikut tingkap bilik belakang. Sy tutup suma tingkap. Sy ingat kucing jahat.
Rupanya dia tumpang melahirkan.

Masa tu sy taktau.
sy tutup cermin belakang tu. 2-3 hari lepas tu ibu kucing naik ikut tingkap sambil mengiau. Sy ngat dia kucing jahat. Sy halau dia 
Dia dtg lg masa sy masak. Ikut tingkap dapur. Sy halau lagi.

Maafkan sy ibu kucing.

Sy masuk bilik lg tadi cari kut kut Ada lg Anak kucing. Tiba2 Ibu kucing Ada lg kat tingkap yg ttutup tu.Sy cepat2 amik anak kucing tu. ya Allah .. Dia bukan kucing jahat. dia cari Anak dia . Sy buka pintu belakang. Ibu kucing tggu. Sy bg balik Anak dia.

Ibu kucing tgk saya. Tanda Terima kasih agaknya. Pastu dia dukung bawa Anak dia pergi.
Airmata sy jatuh.
Ya ALLAH, mudahkan urusan dia 
 — feeling sad.