Pages

Sunday 8 November 2015

Amazing Journey

Amazing journey

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Hari ini 8th Nov 2015 cukup 24 minggu usia kandungan anak dalam kandungan ni. Bermaksud, sudah mencecah 6bulan. Alhamdulillah syukur. Semua urusan dipermudahkan dari awal kehamilan sampai lah saat ini. Moga last trimester yang masih bersisa akan dipermudahkan, dan direzekikan untuk menatap antara satu sama lain. InshaAllah jangka 28th Feb tahun depan :) 
cant wait to see you, cant wait to hold your hand baby.. :')

Apa khabar semua pembaca blog adekmahani.blogspot.com?..
Saya doakan anda yang membaca blog ni dilimpahi hujan rahmat Allah SWT, kaya dengan kasih sayang, kebahagiaan yg melimpah ruah hingga ke Syurga. InshaAllah.

Syukur, anugerah yang tak terhitung nilai..

Enjoy every moment with you..

Perjalanan yang sungguh menakjubkan. Betapa besarnya kuasa Allah :)

Bulan puasa baru baru ni, rutin sebagai seorang isteri, bangun masak untuk sahur, once done everything, me kejutkan my husband. First thing we did, test my urin. 2minggu dah period delay. kata orang, elok test waktu bangun pagi :) saya kencing.. dan titikkan pada pregnancy test and show my husband. I dont want to see the result. kalau pregnant, biar bapak dia yang tengok dulu. Husband was supprise. tengok result and baca.. baca dan tengok balik test. He look at me.. 'dua line yunk!'..positive. Hah?..then baru saya tengok. Allahuakbar... dua line! 2minggu sebelum tu having spot at mine. Ingatkan period. Rupanya lepas me tanya kawan kawan, spot tu because of  'proses pelekatan embrio'. Allahuakbar.. terima kasih ya Allah..

Kita mampu merancang.. yang menentukan adalah Allah, the Best, the only Planner to us. Subhanallah.. akhirnya..selepas lebih 3tahun menanti, selepas pelbagai dugaan kami tempuh, akhirnya.. Allah bagi kami anugerah tak terhitung nilainya ini. terima kasih ya Allah :)

Bermulalah perjalanan sebagai ibu hamil :) Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya. takde alah sangat pregnant kali ni. Compare yg first dulu, momy muntah teruk jugak. elok je tau pregnant, terus alah. haha..mentaliti orang mengandung. tapi kali ni alhamdulillah.. takde yang teruk sangat. my first pregnancy high risk disebabkan masalah jantung. so, this time kena bagitau pihak hospital awal. buat buku merah pun awal. saya stick dengan habit law of universal attraction. minta Allah mudahkan urusan klinik. urusan dengan pakar pakar, urusan dengan nurse yang handle my kes. betapa Allah itu maha mendengar. syukur, Allah mudahkan kesemuanya..

HB yang sangat cantik, normal check up HB around 13.7. pernah drop sikit HB 12.9 paling bawah setakat ni. Masa saya attend pre and post natal course yang shaklee buat kira kira beberapa bulan sebelum tu, HB cant lower than 12. kira cantiklah saya punya :). syukur Allah bagi kesihatan yang baik.. emosi yang saya boleh handle. tak dinafikan, emosi ibu hamil ni lain sikit yer korang. adakala mudah terasa. adakala cepat rasa nak marah. tapi macam my post before, we can choose whether to be happy or pain. everyday is beautiful, if we choose to see it. and i choose to be happy. appreciate my life day by day. Jangan terlalu difikirkan hari esok yang belum tentu ada. hari ini adalah milikmu. saya pilih untuk hargai hari ini. menghargai orang sekeliling. .the more you give, the more you get. give a lot of love, you will get lot of love.. sama menarik pada yang sama :)

sepanjang urusan klinik, saya face ramai ibu ibu hamil yang ada masalah HB rendah. kencing manis time pregnant, BP suddenly high dihujung-hujung kehamilan. ini masalah normal ibu hamil. itu sebab saya selalu tekankan, prevent sebelum kena. Positifnya, saya syukur sebab setakat ni saya takda masalah masalah ni. Saya pregy momy yang ada heart disease. Post MVR operation around two years ago. Tapi semua tu berbalik pada mentaliti. Betul, saya ada sakit. Tapi adakah disebabkan sakit, saya perlu focus pada kesakitan. No. life is wonderful friends if we choose untuk terima semua ni anugerah Allah. sakit itu ujian. senang itu ujian.. susah itu ujian. Jangan focus sangat lah pada pain. ada sebab kenapa Allah uji kita :)

Doktor tanya saya amik supplimen apa sepanjang pregnant. saya terus terang saya tak ambil supplimen klinik. dari awal saya plan untuk ambil supplimen yang selamat. jadi saya pilih SHAKLEE. sepanjang kehamilan ni, keperluan seperti folic asid + iron saya replace dengan vitamin shaklee seperti BComplex yang lengkap dengan semua vitamin yang diperlukan dalam badan termasuk folic asid.

Antara supplimen saya sepanjang kehamilan ni:
  • Bcomplex - lengkap dengan folic asid. (highly recommended bagi yang merancang untuk hamil)
  • Sustained released VitC - untuk kuatkan sistem imun badan kedua kami.
  • Vita Lea - sebagai iron.
  • Ostematrix - Cukupkan keperluan kalsium. Anak akan grab kita punya kalsium untuk support dia punya developmen. Kurang kalsium lah yang selalu korang rasa kejang/ kebas/ gigi atau gusi berdarah, lenguh lenguh belakang. Osteoporosis, jangan tua sebelum usia.
  • ESP sebagai pelengkap nutrisi.

saya terus terang dengan nurse saya ambil semua supplimen ni. macam biasa nurse akan advise better ambil vitamin klinik. risau sangat my HB getting drop, tapi kata doctor, as long as your HB ok.. you can continue shaklee :)

Alhamdulillah.. setakat ni kesihatan sangat memuaskan. Berat tak naik banyak sangat. Maintain je lagi. Yang bestnya di usia kandungan ni, anak momy sangat aktif.

Last week, rezeki kami dapat detail scan di Sg Petani. tak semua orang dapat detail scan tau. Dalam hati momy doa,.. nanti tunjuk yer sayang. Momy nak tau kamu bird bird ke cik kuntum ke. Momy nak prepare all the stuff needed. Masa scan all your part, perasaan momy..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. terima kasih ya Allah. Melihat mata kamu, hidung kamu, mulut kamu, tangan kamu, kaki..terasa kerdilnya momy. Terasa besarnya kuasa Allah. Kamu membesar dengan sihat dalam rahim momy. Masa doktor scan jantung, injap, paru paru, usus kamu, everythings about u inside, momy rasa syukur sangat. anak momy sihat..Alhamdulillah. 

Jujurlah, fitrah seorang ibu akan risau yang macam macam.. Itu normal. semua momy to be akan rasa risau macam momy. Doktor tanya, kalau nampak jantina nak tau tak lelaki ke perempuan. Most of them nak tau..of course la kan.. Tapi bapak kamu takmau tau. Nak supprise sangat. momy nak tau. eksaiiited ok. Then, sampai that part, anak bapak betul kamu. kepit taknak tunjuk. Hahaa.. how sweet the moment. doktor check lagi.. kamu kepit lagi.Haiihhh... :')

tak kisahlah sayang..kamu lelaki ke perempuan, hadirnya kamu sudah cukup buat hidup kami rasa sangat bererti. Permata anugerah Allah yang sangat bernilai. Jadi anak syurga ye sayang. Moga kamu anak yang mampu mendoakan kami suatu hari nanti. InshaAllah, kasih sayang ini momy bawa ke Syurga..

Stay tune. 
Banyak lagi nak share. Momy stop sampai sini dulu,..InshaAllah nantikan next sharing yang lebih menarik :)Assalamualaikum..

Thursday 29 October 2015

IMKK May 2015- Part 2

Apa khabar semua pembaca blog adekmahani.blogspot.com ? anda yang sedang membaca ini saya yakin luar biasa hebat. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, bahagia di dunia, bahagia di akhirat Insha Allah. Selepas 5bulan baru berkesempatan update part-2. Banyak cerita in between. Saya kongsi kemudian cerita cerita indah in between ni, InshaAllah..

:)

POWER OF VISUALIZATION.
HONDA CRV 2000CC 2WD

01 June 2015

Seminggu berlalu. Aura IMKK masih kuat terasa. The power of ACTION. Itu yang sedang saya praktiskan selepas balik. Strip merah di lengan kanan  ‘Richwork’,”Unlock your Potentials” masih kukuh. Ia memberi aura, saat budak kecik small little voice dalam diri ni cuba negative kan minda,.. cepat cepat SWITCHHH!! Alhamdulillah..rohani semakin ke arah positive saban hari.

Semalam, lepas rutin sy dengan nurin bercarboot sale memperkenalkan tradisi baling, mempromosikan kuih siput mak, baliknya kami feel good sebentar di HONDA. Feel it..feel it. Meremang roma saya masa masuk show room bila ternampak CRV. Allahuakbar.. the power of visualization. Berangan is free ok. Tak kena bayar. so, DREAM BIG dear! :)
Tengok tayar meremang roma, tengok seat, pegang stereng pun Allahuakbar..syahdu.. terasa CRV itu ana yang punya. Heheheh..

SALAH SATU DARI 101 IMPIAN..INSHA ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH. LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION. SOON OR SOONER SAYA DAPAT CRV NI ^_^

WHITE/ MODERN STEEL

DOAKAN IMPIAN SAYA JADI KENYATAAN

PERMUDAHKANLAH YA ALLAH.. UNTUK AKU DAPAT CRV NI HUJUNG TAHUN NI. DISEMBER 2015

Perubahan...

Lepas balik IMKK, terasa diri macam orang baru. Tiada sekelumit pun rasa marah dendam, bawa kereta rasa cool, relax.. baju ketat terasa gayat,..bibir terukir senyum dengan semua orang. Rasa apakah ini. Saya bukan org baik saya tahu. Tapi saya cuba untuk buat yang terbaik dengan semua orang. Hatta tiada mengenali sekalipun, namun kita bersilaturrahim. Sujud pada satu kiblat yang sama :) Dr Azizan betul betul tune kepala hotak ni. Fuh! Kena  program habis . Syukur Alhamdulillah kami terpilih untuk berada dalam gelombang positive masa di IMKK. Cabarannya ialah macam mana nak kekalkan momentum positive ni dalam kehidupan selepas ni. Ini cabaran hebat :) untuk terus pahat diri berada dalam gelombang yang positive. Saya kena pilih logistic atau persekitaran. Jauh dari manusia manusia yg suka cakap hal hal negative. Saya kena avoid mereka.  Saya bukan sombong.. bukan taknak berdunia tapi saya kena pilih logistic saya.

Ingat perkara ini.
Mulai dari saat ni, pembaca yang berkunjung ke blog adekmahani.blogspot.com  perlu jaga 4perkara ini
  • apa yang kita FIKIR
  • apa yang kita RASA
  • apa yang kita CAKAP
  • apa yang kita BUAT
Semua adalah DOA.Mulai sekarang semua perkara ni anda perlu jaga. Ingat yang baik baik, cakap yang baik baik, buat yang baik baik. InshaAllah yang datang semua baik baik ^_^

Ok, long short story. Since blog ni saya sambung cerita dari lepas balik IMKK hari tu, dah lama nau kisahnya. . apa yang saya dapat balik dari IMKK?
Sesungguhnya,
Hidayah milik Allah. Allah memilih siapa yang DIA kehendaki. Alhamdulillah, Allah bukakan hati saya memaafkan dan melupakan hijab saya sendiri. Sebelum hadir IMKK, memang saya cakap dengan diri sendiri. Saya dah maafkan. Tapi saya tak mampu lupakan kisah pahit yang berlaku di penghujung tahun 2014. Bagi saya 2014 adalah  tahun yang paling pahit dalam sejarah hidup.  Selepas 2 hari berkampung di IMKK, berpeluang bercakap dengan salah seorang peserta titanum, Intan Kek Orrange tentang rahsia kejayaan beliau. disitu saya terdiam. betul,, hijab saya adalah memaafkan tapi tak mampu melupakan. Allahuakbar.. menangis saya masa bercakap dengan beliau. saya tak mampu paksa diri lupakan kepahitan tu. namun, Allah maha Besar. masa hari kami di IMKK buat submission, semua orang berdoa. Kami pada waktu itu berdoa dalam taman syurga. Majlis ilmu adalah salah satu dari taman syurga. kita tak tahu doa siapa yang Allah kabulkan. Menangis saya. Menangis sungguh saat saya relakan diri melupakan kisah pahit tu. Allahuakbar.. Kuatkan hati kami ya Allah.. kuatkan!

Saya pendekkan cerita. saya lega lepas memaafkan dan melupakan. serius saya rasa lega. Saya dah tanak ingat dah kesakitan tu. fullstop.
Baliknya,  saya teruskan  istikharah, menangis saya bangun tengah malam minta Allah tunjukkan saya jalan yang lurus, jalan yang membawa saya ke Syurga, kalau kesakitan ini lah yang tertulis sebagai ujian besar dari Allah, saya terima. One day, tiba saat Allah betul betul buka hati, saya face to face dengan'nya untuk selesaikan apa yang belum selesai. .yang menutupi hijab rezeki saya selama ni.
Long short story, tak lama pastu hadir rezeki yang selama ni kami nanti :) panjang lah kisahnya.
Moral;
andaikata ada sesuatu yang terbuku dihati kalian, lepaskan. Allah tahu apa yang kita tanggung, Allah tahu kita 'sakit' namun yakinlah bahawa ujian Allah takkan lebih dari kemampuan hambaNya. Bermaksud sesukar mana pun ujian yang melanda..anda sebenarnya mampu :) baik sangka lah dengan Allah SWT

29th Oct 2015- hari ini...

Anak dalam kandungan  saya mencecah 22minggu 4hari. Counting every single day, pemberian yang tak terhitung nilai setelah lebih 3tahun menanti. Anak dalam kandungan ni saya gelar anak IMKK. Itu kisah panjang. Cukuplah saya nyatakan disini, saya syukur dengan ketetapan Allah. Walau sakit macam mana pun Allah uji, sekarang Allah balas dengan kemanisan. Dah lah.. saya tanak ingat langsung yang sakit sakit. Life is too short. To be happy or unhappy, you choose by yourself.  ada dua pilihan dalam hidup samada memilih P yang negative iaitu PAIN atau P yang positive iaitu PLESSURE. Saya memilih untuk rasa tenang. Jadi saya ubah focus, ubah keputusan.

Alhamdulillah.. saya dapat rasakan erti ketenangan tu sekarang.. Mungkin rezeki kami dari segi kewangan tak semewah orang lain tapi, rezeki kebahagiaan, rezeki ketenangan, rezeki sihat sudah cukup untuk buat hati rasa bahagia. Terima kasih ya Allah.

Ok cukup lah sharing kali ni. InshaAllah, soon or sooner saya akan share the journey sepanjang membawa khalifah Allah yang diamanahkan ke muka bumi. InshaAllah.. stay tune sayang sayang sekalian. Assalamualaikum :)

With love,
Adek Mahani
019-5914240

Wednesday 27 May 2015

IMKK May 2015- Part 1

IMKK May 2015- Part 1

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dengan izin-Nya ilham mencurah curah untuk berkongsi dalam entri kali ni. Saya doakan pembaca blog adekmahani.blogspot.com dalam keadaan sihat serta bahagia dengan tugasan masing masing,..family masing masing InshaAllah. Anda yang sedang membaca ini luar biasa hebat! :)

Jihad kami menuntut ilmu baru baru ni, perjalanan dipermudahkan Allah SWT. Alhamdulillah.. Kami sampai sekitar jam 2-3am semalam dari KL, 4hari berkampung dengan Dr Azizan Osman (DAO) pada 21-24th May baru baru ni bersama mentor hebat dalam IMKK dan kali ni Alhamdulillah Allah izinkan sy duduk betul betul depan DAO. Ticket super supreme feelingnya Subhanallah..energy super duper hebat.

Masa dalam IMKK, meremangnya bulu roma sampai saat menulis ni pun rasa debarnya ya Allah. ‘Setiap tindakan pasangannya adalah cabaran’.. setiap keinginan, kemahuan pasangannya adalah cabaran. sy nak share kisah ni, semoga memberi inspirasi pada orang lain. Andaikata doa mereka belum Allah kabulkan, maka bersabarlah. Allah tahu  bila waktu yang sesuai untuk kita dapat apa yang kita nak.

Sy sebenarnya tahun lepas dah joint MMM+IMKK. Tapi masa IMKK sy di seat general. Bukan salah siapa siapa.. tapi auranya tak sama. Bocor aura.. tak terfocus sy bila kiri kanan berbual hal masing masing. Allah.. Sejak tu saya tekad, sy akan datang lagi IMKK, tapi saya nak duduk seat super supreme, seat paling depan.

12th April lepas,.. sy hadir seminar HLB. Rindu sangat dengan DAO ni sebenarnya. Cerita lanjut disini: http://www.adekmahani.blogspot.com/2015/04/airmata-tumpah-jua.html

Lepas habis seminar HLB, sy rasa sy perlu pergi IMKK untuk cuci kolam jiwa yg sangat kotor berkeladak hitam dengan negative. Sy tak tenang. Hati tak tenteram walaupun zahirnya sy ok. Tapi tu lah.. we can pretend our smile but not happines. Tak tahu hijab yang manakah menutupi pintu rezeki,  jadi sy pejam mata, mendaftar IMKK ticket super supreme RM3997.

Jujur cakap, dalam poket cuma ada sekeping RM50 dengan duit singgit yg sy ingat dalam 16 ke 17hinggit mcm tu.  masa nak daftar, pendaftaran RM200. Sy kebelakang sket pk mcm mana sy nak daftar duit takda. Yang ada cuma NIAT, saya  taktau mcm mana Allah akan atur, mcm mana akan berlaku, yang saya tahu saya NAK pergi IMKK kali ni.
Allah gerakkan hati sahabat sy nurin tolong sy bayarkan deposit RM200. Alhamdulillah, tq nurin kalau awak terbaca blog ni,..tq so much. Awak kawan paling baik pernah saya jumpa. Sy mendaftar, lepas tu amik moment sekali dengan form yang di cop dengan SUPER SUPREME ni. Rasa excited walhal sy tak tahu pun macam mana sy nak bayar lagi RM3797 untuk berada depan depan doc dalam IMKK nanti.

Sy submit, berbicara dengan Allah hampir setiap kali selepas solat.’ Ya Allah, aku tak tahu bagaimana aku nak bayar IMKK kali ni tapi Engkau Tuhan yang Maha Besar. Andaikata IMKK Super Supreme kali ni bakal memberi perubahan besar dalam hidupku maka Kau lorongilah aku seluas luasnya. Berilah aku jalan seluas luasnya ya Allah.’ Saat yang sama, sy membayangkan sy berada betul betul di depan dr azizan osman. Betul betul depan.

Sy buat macam macam untuk bayar yuran IMKK. In between, kami gamble car boot sale jual kuih siput mak sambil trading beberapa jenis kuih tradisional yang lain. Masa ni lah tercetusnya ’Tradisi Baling...’koi lama koi sedap  ni sekitar 2 minggu sebelum IMKK start. Saya viralkan. Alhamdulillah, sambutan baik. Terbang jauh jugak siput mak ke Pahang, Putrajaya, Ipoh, KL, Rawang, Negeri Sembilan. Saya buat ini semua untuk bayar IMKK.sebenarnya mak dah lama buat kuih siput tapi sy tak nampak yang ini rezeki sebenarnya.

Tak cukup lagi nak bayar IMKK. Masa tinggal berapa hari ja lagi. Saya nampak barang kemas sy dileher dan rantai tangan. Incase kalau tak sempat, saya akan gadai semua ni.

Sedang sy berjuang habis habisan, Allah hadirkan lagi sy ujian lain untuk menguji sabarkah saya ini. Seminggu sebelum IMKK, rumah saya bumbung bocor. Sy terjaga tidur kul 4am. Hujan. Sy bangun untuk sembahkan diri pada Allah yang maha memberi. Air hujan tembus ikut siling dapur. Sedihnya ya Allah saya masa ni. Amik besen tadah air,.. air meleleh masuk arah dinding. Amik kain lap. Amik mop lap. Saya buka bilik air belakang air laju keluar. Ya Allah.. Sy dah tak ada duit langsung masa ni. Yang ada dalam acc duit amanah arwah tukwan dan duit mak sikit.
Lama sy berteleku atas sejadah.. ‘kenapa aku ya Allah’..
Setahun aku berahsia denganMu. Sebab takut mak susah hati, sy diamkan diri. Mak tak boleh tau tentang apa yg saya tanggung. Mak tak boleh tau sikitpun kesusahan sy..sedih hati ini jangan biar mak tahu ya Allah. Pernah, satu hari sy cuma ada RM3 dalam poket. Mak tanya adek ada duit?..’ada mak..banyak’. jangan isau’. Selagi mampu, selagi tu sy takkan buat mak susah hati. InshaAllah..
 Cukup hanya Allah tahu apa yg sy tanggung. Hasbunallah waniqmal waqil..sesungguhnya Allah itu sebaik baik penolong. Ya Allah, kami ini milikMu ya Allah. Kau memilih siapa yg Kau kehendaki untuk diuji. Dalam samar itu, sy terlelap atas sejadah. Sampai tersedar azan subuh. Saya bangun solat. Esok paginya baik lepas subuh mak call.. mak tanya adek buat apa..beratnya mulut ni ya Allah. Nak cakap tak cakap serba salah.
’ ngah tengok rumah mak’
‘rumah pasai pa?’
‘hujan lebat semalam..bocor’
‘Panggil tukang mai tengok satg..panggil uncle tu mai.’

Saya diam. Lama sy diam. Mcm mana nak panggil tukang sy takda duit :/
Sebab sy diam mak terus sambung,..‘takpa mak tolong, panggil uncle tu mai tengok, Bahaya!’
 ya Allah..sedih dengar suara mak. Sedih bercampur syukur. Saat sy betul2 perlukan bantuan, Allah hadirkan mak untuk tolong. Tapi sy tak sampai hati nak amik duit mak.. mak suruh jugak sy panggil uncle.

Petangnya uncle mai. Chinese..baik sangat uncle ni. Allah temukan lagi sy dengan org baik walaupun dia lain bangsa dan agama. Dia bagi sy harga murah sangat. Sy gadai emas,..tapi tak cukup. Semua alang rumah kena tukar besi..long story short, total kena RM >5000. Peruntukan sy abis untuk IMKK. Ya ALLAH.. Saat ini aku diuji. sy kesiankan nurin kalau sy tak dapat pegi. Kami dah janji nak g sama sama. Rasa bersalah sangat ya Allah. Bersalah dengan mak, bersalah dengan nurin kalau tak dapat pergi. Sy takmau bebankan nurin L
Doa dan terus berdoa. Bantu sy ya Allah.. saya buntu. Sy taktau nak buat apa.

Tiba tiba Jumaat sebelum IMKK, team richwork call. Tanya sy pasal IMKK. Saya bgtau keadaan sy waktu tu. Saya mmg nak sangat pegi tapi sy dah takda peruntukan  untuk bayar tiket  tu. Team richwork, Muhammad Muzakkir kalau dia terbaca entri ini, terima kasih kerana call bagi sy harapan dan doakan sy. Katanya Allah nak bagi puan rezeki lebih lagi lepas ni InshaAllah. Sy ditawarkan tiket VIP dengan harga RM497. Saya Cuma kena tambah lagi RM297 untuk berada dalam IMKK. Airmata sy jatuh. Sy tunduk sujud dhuha 8rakaat..sujud syukur ya Allah..menangis sy masa ni. Betullah Allah akan bantu bila tiba masanya. Menangis saya masa ni rasa Allah sangat baik dengan sy. Terima kasih ya Allah.. Its ok walaupun VIP seat. Janji saya ada dalam IMKK dan paling penting janji sy dengan nurin untuk pergi sama sy tunaikan. Syukur ya Allah..terima kasih ya Allah..

Dalam hati its ok VIP seat. Ini yang sesuai dengan saya waktu ni. Tapi dalam doa, saya nampak saya kat depan dr azizan osman. Betul betul depan.  Saya ada paling depan antara super supreme.

Sehari sebelum IMKK, nurin beep sy. Ada org nak jual ticket super supreme RM1500 mulanya. Suddently last nak jual dengan harga RM1200.
Nurin: ‘kalau adek kat kisah, saya bayarkan dulu,..nanti bila bila ada adek bayar.

Ya Allah..betulkah apa saya dengar. Allah kabulkan permintaan saya SEHARI sebelum IMKK. Benarlah, Allah tahu KENAPA dan SIAPA yg DIA uji. Dan BILA waktu yang sesuai untuk DIA kabulkan permintaan kita. Dia hadirkan ujian, Dia berikan senyuman.,terima kasih ya Allah. Saya pergi IMKK dengan ticket super supreme. Allah tolong saya, jadi ticket VIP sy bagi free pada org yg betul2 memerlukan. Tapi takda pun kawan kawan sy yg perlukan perubahan hidup. Mungkin Allah belum pilih mereka untuk sampai sana. Allah know what the best to us. Percayalah ual. Andai belum dapat apa yg kita nak, maksudnya ia belum sesuai untuk kita. Apa yg berlaku pada kita hari ini, saat ini,.. sebenarnya ini yg terbaik untuk kita. inshaAllah..
jumpa ex-silterrian ramai jugak kat sini. salah sorangnya Anwar Zainuddin

Dr bagi seminit untuk snap moment. 

Continue part-2,stay tune :)

Tuesday 5 May 2015

PERCUMA!! VITA-LEA IRON FORMULA MULTIVITAMIN BERNILAI RM94!!

Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi melawat blog adekmahani.blogspot.com
Saya doakan anda semua kaya berjaya bahagia dunia akhirat InshaAllah, aamiin.
Sat ja kan masa berlalu... Pejam celik pejam celik, kita di helaian ke-5 2015. Dah bulan May pun..sebulan lagi habis Q2 2015. Cepat sungguh masa berjalan.

So far, semua berjalan lancar Alhamdulillah. Sikit sikit yang masih tergendala tu normal lah ey.. biasalah kehidupan. Semua orang ada cerita yang tersendiri,..I mean pernah di uji dengan pelbagai ujian. Mungkin caranya saja berbeza. Tak dinamakan hidup kalau takde masalah. Jadi jangan focus pada masalah. Allah mengikut sangkaan hambanya. Fikir banyak masalah, banyak masalah lah yang akan datang. Fikir hutang, hutang lah yang akan datang. Bersihkan hati, maafkan semua orang, usaha, doa, tawakkal... Do the BEST. Allah do the rest ^_^ InshaAllah

FREE VITA LEA BERNILAI RM94?!!
Haa.. ni nak citer. Bulan ni shaklee buat promosi dasyat giler. Buat julung kalinya shaklee bagi FREE VITA-LEA sempena ulang tahunnya yang ke-100. Untung giler sapa yg register member bulan ni. Dapat free Vita Lea Iron formula BERNILAI RM94 (harga pasaran+GST bagi setiap keahlian baru, dengan syarat buat pembelian sebarang produk lain) walaupun dengan satu Herbal Blend Multipurpose cream!! wahhh... bulan bulan lepas, kami nak kami kena beli hokey. Bulan ni Shaklee bagi FREE!

PROMOSI MAY 2015

Info tentang VITA LEA

VITA LEA adalah multivitamin pertama yang diciptakan di dunia. Nama asalnya SHAKLEE VITALIZED MINERALS (dulu dalam bentuk cecair). Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet yang kini dikenali sebagai VITA-LEA. Sejak itu lah nama VITA-MIN diguna pakai oleh semua jenama. 2015 ini adalah ulangtahun ke-100 VITA LEA yang dihasilkan oleh Dr C Forrest Shaklee. Paling best masa ni beliau baru berumur 21tahun! Perghh.. (ngah rewind,..masa kita 21,.. apa pencapaian terbesar kita buat) alahai...

Kalau bukan disebabkan kebaikan VITA-LEA ni, masakan ia mampu kekal dipasaran selama 100tahun.

Sejarah Shaklee yang disiarkan dalam majalah Isihat edisi Febuari 2013

Sebenarnya lepas saya operation MVR pada April tahun 2013, jujurnya antibodi badan dah tak kuat. VITA-LEA ni adalah antara multivitamin pertama saya ambik masa tu. Saya ingat lagi, masa mula mula jatuh hati dengan produk Shaklee ni, mula mula sekali nutrisi yang saya ambil ialah VITA LEA+VITC+BCOMP+ESP.

Basic wellness set. Alhamdulillah, lepas consume ni.. rasa ada perubahan dari segi tenaga dan imun. Badan dah ‘kena pisau’ ni selalunya dah tak macam sediakala. Alhamdulillah, lepas consume sumer ni takda dah rasa tak larat masa tu. Kalau tidak saya nak bangun pagi lemau. Kat opis back pain ni jangan cakaplah. Trauma bila ingat. Lepas consume, rasa ok, baru saya joint jadi ahli Shaklee.

VITA-LEA ni sesuai untuk semua golongan DEWASA tak kira LELAKI ataupun PEREMPUAN. Setiap tablet mengandungi 30 nutirsi harian lengkap yang di ekstrak dari sayuran dan buah. 12vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan dalam badan orang dewasa ada dalam VITA-LEA. Tablet VITA LEA disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknology explosif yang kompleks (explo-tab). Multivitamin yang TERPANTAS larut dalam air dan tubuh manusia.

Ujian klinikal membuktikan pengambilan VITA-LEA selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Pesakit anemia, kurang selera makan, tekanan darah rendah, deabetis, lelaki atau wanita yang selalu letih dan lesu. Pelajar yang selalu mengantuk, menyokong sistem pembiakan. sangat sesuai untuk ibu mengandung, menyusu dan berpantang. 

Semua kebaikan ni korang boleh dapat FREE bulan ni. Dengan syarat mendaftar ahli dan beli apa apa je nutiri lain (yang ada uv) dan dapat VITA-LEA ni PERCUMA!!

NAK JOINT TAPI MACAM MANA?
Bole pm/ call sy Adeksomey. 
Sahabat shaklee anda 019-5914240 (whatsup/telegram available). 
Atau boleh terus guna ID sy sebagai sponsor dan register sendiri. 
ID #965352 ->Adek Mahani

(Nama saya memang ada 'adek'.. sweet kan^/^)

Saturday 18 April 2015

Ya Allah,Terima Kasih Atas UjianMu

Hari ni 18/04/15,
Terima kasih ya Allah.. atas segala ujianMu.

 2taun lepas, pada tarikh ni waktu ini, sy sedang ‘berjuang’ dalam operation theater untuk Mitral Valve Replacement. Injap mitral saya bocor sejak kecik. Masa sy check up di KPJ beberapa mggu sebelum tu, Doc Safari cakap jantung sy dah mula bengkak. Better operate sekarang sementara masih kuat. Dalam hati, sy redha dengan ujian kecil Allah ini. Rezeki saya, lepas refer KPJ, GHPP call untuk operation. Mungkin dah tiba masanya.15/04/2013 sy admit.

Pagi 18/04/13, saya 1st case operation pagi tu. Mak dan beberapa ahli keluarga lain dr awal pagi menemani hingga sy ditolak ke bilik pembedahan. Menyusur mereka di belakang. Saya senyum memberi kekuatan pada diri sendiri..walau dalam hati takut hanya Allah yang tahu. Saat saya ditolak ke operation theater, tak putus istighfar dalam hati, mohon keampunan Allah SWT. ‘Jangan nangis dek..u harus kuat untuk mereka semua. u tak bole kelihatan lemah depan semua insan ni. ..’

Saat mak dan mereka yang lain cium pipi cium dahi, saya senyum.. Memberi tahu mereka dalam diam semuanya akan ok InshaAllah. Saya nampak ‘kkak’ anak buah sy jatuh airmata saat memberi saya kekuatan, sy senyum lagi.. ‘maksu ok. Doakan msu jaa’. Sy tengok sorang demi sorang wajah kesayangan.. terhenti pada mak.. mak seolah menahan sesuatu. Saya tahu mak takut kehilangan. Sy senyum lagi memberi mak kekuatan..dlm hati  ‘Adek ok mak...’ sy melihat seorang demi seorang saat ditolak masuk ke dalam.. dalam hati andaikata ini kali terakhir aku menatap mereka...Allahuakbar. peliharalah mereka semua ya Allah.

Seram dalam bilik operation ..Bismillahitawakkal ‘Alallah.. InshaAllah. Sy buang jauh rasa takut. Masa ni sy nampak doc pakar bius yang explain procedure 2hari lepas,dia melihat sy sambil senyum..’everything will be ok’. Muka sy ditutup dengan kain nipis hijau. Rasa sakit kena cucuk ditengkuk. sambil..terus istighfar dalam hati. Kain dibuka, masa ni sy masih sedar. saya ditolak ke bawah lampu. Masih terdengar para doctor cakap ‘bahasa mereka’ ... Sy nampak doc pegang satu alat mcm sedut gas. Sy tahu tu alat untuk  ‘matikan’ sy sepanjang pembedahan. Sy rileks..betul, masa benda tu diletak  ke hidung dan mulut sy.

Tarik nafas.. 2-3 kali nafas sy pengsan. Dah tak sedar apa apa lagi.. pembedahan sy difahamkan kalau takda masalah, mungkin dalam 7-8 jam. Bermaksud dr pagi-petang. Satu injap sy kena tukar..injap mitral. lagi dua injap kena repair.

Operation berjalan lancar. Alhamdulillah.. Masa separa sedar; sy dengar mak..kkak.. memanggil ‘adek... maksu’..tapi sy tak nampak apa apa.. Yang sy ingat, ‘sedut kahak..’‘dah nak sedar ni’..‘dia kuat’..

Saya taktau tu siapa. Saya tak nampak apa apa..tapi sy mendengar. Sungguh lah.. kata orang tatkala koma kita merasa semangat mereka salurkan. Kita mendengar apa mereka kata walaupun kurang jelas siapakah.. apakah..

2hari koma, esok malam tu, baru sy betul2 sedar. Ya Allah.. wayar apakah ini. Tiub dimulut..tiub dimerata rata. Dengar pesakit sebelah mengerang..sy pusing..tapi mata saya kabur. Terasa cemas. ‘Nurse,..sy nak suami sy..sy nak spek. .sy tak nampak’. Nurse dtg.. ‘jangan banyak gerak. .’

Sy terbaring..sungguh sy tak mampu apa apa saat ni. Lepas jer sy sedar, sy ditransfer ke unit CTC malam tu jugak. Sukarnya ya Allah sy bernafas. Bermula kesukaran ini lah..dengan 2 tiub di perut.. tong darah yg masih bersisa.. saya tak mampu apa apa.. Duduk bangun, nak ke toilet kena wheelchair. Bertatih jalan saya perlukan bantuan org. ‘bendasing’ dalam badan ni, ambil masa yg agak lama nak sesuai dengan sy. Setiap hari selama hampir sebulan sy demam. Demam tak bole discharge. Menangis nangis sy nak balik. Allahuakbar.. kenangan ni akan sy simpan sampai bila bila.

Nasihat saya, pembaca semua.. jaga la kesihatan baik baik. Macam sy punya kes lain, sy ‘dipilih’ oleh Allah SWT untuk dapat sakit ni dari kecik. Sepanjang sy warded sy nampak ramai orang yg kena sakit jantung (heart attack) diusia pertengahan adalah lelaki. Tak nafikan, perempuan pun ada tapi agak dilewat usia disebabkan masalah injap macam saya. Ada jugak beberapa kes yg kena buat bypass disebabkan serangan jantung. Saya nampak bila dah semakin berusia, semakin susah nak baik mcm sediakala. Apalagi kalau yg ada kencing manis. Susah sangat nak baik. Lepas ok jantung, kencing manis plak bernanah nanah tempat kena tebuk tu. Nauzubillah..

So kalau boleh prevent, prevent lah dari awal. Jangan ikut sangat kata hati tu. Kalau berkemampuan, amiklah suppliment apa apa untuk jaga kesihatan. Jangan sakit baru nak cari ubat tu ubat ni. Tak guna dah masa tu.

Sy share sebab sy lalui semua ni.hampir sebulan warded unit cardio, mcm mcm sy jumpa. Kebanyakannya heart attack. Heart attack adalah berpunca dari kolestrol yang tggi. Saya seringkali share pasal ni..senang nak bagi faham, bila kolestrol tggi dan makin tggi, lama kelamaan akan block saluran darah. Masa ni lah terjadinya serangan jantung. Serangan jantung kalau cepat selamat. Kalau lambat, nauzubillah.. saya takmau sebut lah. Memang, mati itu pasti. Setiap kita yang hidup pasti merasai mati. Cumanya,.. nasihat sy selagi bole jaga, jaga.

Sekian sharing sy hari ni. Semoga bermanfaat kisah ni untuk uol lebih aware untuk jaga kesihatan masing masing. Assalamualaikum :)