Pages

Wednesday 30 October 2013

SHAKLEE- Pegnancy 2nd and 3rd Trimester

Assalamualaikum.. Hi momy2 to be ^_^
Macam mana lalu 1st trimester pregnancy aritu?
Alah?..Tak larat bagai.. Hehe..biasa lah tu.... sabar ep.. sikit je lagi ha nk tempuh  ;)

Anda sedang membawa sorang lagi khalifah Allah ke muka bumi ni, InshaAllah..
Sweet lah tgk momy2 preggy ni.
mcm2 ragam... ada tak lalu makan, ada yg makan melampau..
ada yg merajuk tak tentu hala..Hehehh..
Saya pernah lalu moment tu, sangat sweet~

:')

Ok.
Utk Pregnancy 2nd and 3rd trimester 

Sama mcm 1st trimester aritu

Vita-Lea
B-Complex
Ostematrix
Vita-C

just add on 

Omega Guard

Khasiat Omega Guard 
  • Menggalakkan perkembangan mentak utk dewasa mahupun kanak2
  • mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus
  • Mengurangkan radang sendi
Jum korek2 info pasal omega guard ni.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Pm sy ^-^
Facebook: Adek Somey
Contact no: 0195914240 PM/WhatsUp/WeChat/Telegram ^_^

Friday 25 October 2013

Mengimbas Warkah Untuk anak Ibu '15Aug2012'

Warkah Untuk Anak Ibu


Ntah soalan yg ke berapa puluh ratus aku terima dari kawan2 yg prihatin.. tak kira bangsa dan agama..ati rasa sayu, tapi sekurangnya kehadiran aku yg tak seberapa ini ada tempat di hati mereka, syukran ya Allah.
Ada yg tahu tapi tak sampai hati bertanya.. Ada yg tahu tapi pandang aku seorang yg kejam, yg tak tahu bersyukur dengan anugerah Allah. Ada yg ingat aku masih ‘membawa amanah Allah itu’………….tersentap bila ada yg bertnya..
‘.. baby sihat?’.. aku tak mampu menjawab. Namun senyuman tetap terukir, dalam hati.. takpe, dia taktau apa yg berlaku.

Mengimbas pengalaman 2bulan lepas..

Aku perasan yg..…aku agak penat kebelakangan ni.. naik tangga penat.. jalan banyak penat.. Pegi pasar malam, satu kali pusing pun rasa penat. Bila malam kepala rasa berat yg amat.. mak kata lama tak makan ubat la tu..ha’ah..da satu taun confirm aku tak makan ubat..appointment pegi..aku jadi doctor sendiri.. stop makan ubat. Sebab aku sihat. Aku tak sakit pun.. hmm, mak tak benti bebel.. makan ubat makan ubat..yew lah org makan.. Pegi dapo,.. tgk2 ubat da expired.. huh!! betul la. Lama sangat da tinggal ubat

.. Ujung mggunya, aku pegi spital nak sambung ubat. Penat je rasa L… org plak ramai kat spital hari tu..bila turn sampai...doc suh test air kencing plak.. hahh..kencing lah. Tak larat nak cakap banyak pun..dapat result, aku terus masuk jumpa dokto tadi tu. Tetiba ‘Tahniah’.. kata dokto tuu.. ‘positive!’ aku tgk keputusan, ha mmg positive! Takde suara yg kuar time tu.. airmata je kuar taktau nak cakap apa.. I will be a mom!! Sungguh takda perkataan yg kuar . Airmata je kuar sambil pegang tangan dokto tu tanda terima kasih..perasaan seorang ibu sedetik hadir. Syukran ya Allah..

excitednya kami,.. seminggu sebelum puasa, kami g klinik buat buku merah. Dokto pesan aritu kalau da pragnent jangan tggu lama, kena maklumkan pada pihak spital. p la ngan asben,..masuk je lam klinik tu ada yg perut da besar.. ada yg da bawa anak.. ada yg anak nangis..ngee..kami stage yg sangat baru.. senyum kami dua tgk. Esoknya Isnin kena g klinik lg.. jumpa dokto. Dokto scan baby yg masa tu kalo dalam kiraan kami, da 8 mggu. Tapi dokto cakap size baby kecik lg.. 6mggu J takpe la.. janji baby ibu sihat.
Kat buku merah diorang label…’HIGH RISK’
Dokto call pakar jantung Penang.. appointment plak dengan GH Penang Rabu, dalam mggu tu jugak. Takpe lah.. dokto nak monitor baby ibu agaknya. Jumpa dokto, ibu tak larat, tapi ibu kuat utk anak ibu. Dokto cakap, everythings ok, Cuma kena dtg tiap2 bulan combine klinik utk monitor kesihatan kedua kita.takpe..ibu sanggup apa je.

.. mggu depannya.. kena jumpa dokto lg.. PAKAR1 Kulim. Ibu g sorang babah kamu keja. Masa ni ibu tak lalu makan, makan muntah.. paksa juga makan ibu muntah. Tapi ibu puasa gak. Kesian anak ibu lapar. Tapi ibu mampu puasa..bu yakin kamu pun mampu survive kat dalam. Bila ibu buka posa, kamu takmo terima langsung.. ha muntah balik apa ja yg ibu makan.aishh anak ibu nih..

..8aug ibu n babah g first combine klinik kat GH Penang.. doc check echo jantung ibu. Mr.Guna yg dah follow kes ibu dr ibu form 4..sampai sekarang. Dia cakap kalo doc pakar tgk keadaan bocor injap jantung ibu ni, mungkin doc suh buang kamu. Ibu tak endah pun cakap dia sebab ibu sangat sehat utk kamu.. kamu pun sehat. Bila siap echo, kul 2ptg lak baru jumpa pakar.. babah bawa ibu g BJ jup..pusing2.. sebal gak sebab ibu penat nak jalan. Tapi ibu ikut je.. dah bulan posa, nak makan tak bole. Kejap je musing2 BJ ibu n babah balik spital. eh da masuk zuhur. Ibu n babah berpecah g surau kat GH tu ha..lepas solat kami g ke unit 109 kardilogy. Tggu tak lama dokto panggil. Masuk2..ada 2org doc pakar n beberapa org pembantu doc disitu. Pakar sakit puan, pakar jantung.. Ibu masuk ngan babah.. bermula episode yg sangat genting dalam idup ibu.

.. Doctor kata based on echo result ni sepatutnya ibu da kena wat operation. Mula ibu terdiam. Babah pun terdiam.. Ibu cakap dengan dokto, ‘tapi saya sihat dokto.. last appointment dengan doc chan pun agree kami utk pragnent dulu. Kami nak teruskan kandungan ni’..
masa tu usia kamu dalam 11mggu. Dokto pakar kata saya kena jumpa boss. Dalam 5minit kemudian.. Dato Omar.. ketua pakar jantung GH Penang masuk discuss sama sama. Dia beritahu risiko sangat tggi utk juangkan kamu. Dalam 10 kes yg mcm ni, 1 atau 2 kes saja yg berjaya. Selebihnya samada baby meninggal takpun dua2 meninggal. Dari segi hukum pun dah jatuh harus buang sebab memudaratkan.
Panjang lebar dato omar bg advice.. Ibu cakap kat babah, ‘ibu nak kamu’..
Ibu cakap kat dato omar, ‘sy sehat doctor,,saya tak penat pun. Sy bole bawak..’
Dato omar cakap..’sekarang kamu sehat dik. Problem akan dtg bila kandungan 6bulan. Injap yg bocor akan bertambah teruk..paru2 akan masuk air, jantung akan jadi lemah. Dan masa tu dua2 kita dalam bahaya.

.. pakar sakit puan arahkan nurse bawa ibu g scan. Babah takleh masuk..ibu nampak dah tangan kamu, kaki kamu..jantung kamu berdegup..masa tggu dokto nak scan, ibu cakap dengan babah, ibu nak kamu. Bu nampak mata babah merah.. dia cakap, mmg dia pun nak kamu, syg kamu.. skrg mungkin dia ilang satu.. kalo teruskan dia mungkin hilang dua... Bgenang airmata ibu tapi ibu seka.. insyaAllah.. ibu yakin ada jalan. Ibu nak juangkan kamu kuar dengan sehat, sempurna mcm baby lain..baliknya ibu langsung tak bleh cakap ngan babah.. kuar je topik ni, airmata bu jatuh.

.. esoknya..9Aug, awal pagi dokto pakar sakit puan call ibu, diorg minta keputusan . tak sampai 24jam ibu diminta buat keputusan yg melibatkan nyawa..ibu minta masa utk fikir.. satu ari kat tempat keja, sambil keja sambil nangis.. sungguh ibu taktau apa nak buat..jumaat ibu kena bg keputusan.. malamnya ibu istikharah.. basah telekung ibu, maafkan ibu nak. Sumpah kalau ibu terpaksa buang kamu, ni bukan kehendak ibu..
babah balik malam tu.. dia peluk ibu, bagi ibu kekuatan.. dah bukan rezeki lg katanya.
Esok tu jumaat, 10aug, kami g Png lg sekali. Jumpa dengan pakar bius and pakar sakit puan,.. dokto tu cakap bila dato omar yg advice suruh buang pihak kami tak boleh buat apa2..ibu cakap, ibu nak baby ibu. ‘ dek, u masih ada peluang utk mengandung lg.. lepas buang, lepas buat pembedahan jantung, kamu boleh mengandung’ ..
‘This is my first baby doctor..u tau kan apa perasaan I..i want my baby..’ airmata ibu mengalir.. mereka bukan ditempat ibu jadi bole cakap apa pun.. baliknya doktor bagi surat..seminggu sebelum raya ..13-aug ibu kena masuk ward.

Ibu balik kg, jumpa tok.. abg2  ibu.. airmata ibu tak pernah kering. Ibu masih ada baki 5 hari dengan kamu. Ahad 12Aug, petang ibu g bazaar. Ibu nampak dadih segar..ibu teringatkan kamu..ibu nak kamu sihat nak..masih ada sisa waktu utk ibu kongsi dengan anak yg sedang ibu kandung..
malam tu,.. ibu solat minta kekuatan. Ibu sedekahkan kamu yaasin.telekung ibu basah lg.. bila babah balik, bu takleh cakap apa pun.. sebak. Ibu minta maaf.. ibu nak kamu, tapi ibu terpaksa buang kamu.. tolong janji dengan ibu, tggu ibu disyurga…istikharah ibu  kesekian kalinya tengah malam tu.. masih harap keajaiban akan berlaku.. berat dugaan Allah utk ibu kali ni nak..

.. keesokan harinya,13Aug ibu masuk ward..sayu perjalanan kami pagi tu. Kami pergi untuk buang kamu, zalim kan ibu??.. malam hari pertama ibu kat ward, babah kamu balik amik tok kamu kat kampong. Doc minta scan kamu lg sekali. Ibu nampak tulang belakang kamu, jantung kamu sihat.. airmata bu bergenang ..doc pegang bahu ibu.. ‘sabar dek. Baby u suffer kalau u tak sihat.. go for operation first, then after 1year, U can pragnent again’. Airmata ibu tumpah lagi.. ya Allah.. berat dugaan-Mu ini ya Rahman.. kerana ibu tahu ibu sedang di uji, ibu terlelap dengan sisa airmata di pipi. Sesungguhnya seorang sahabat pernah berkata pada ibu, dugaan hebat utk hamba-Nya yg hebat.

Esoknya babah dtg. Ibu suh minta dengan doctor nak tgk kamu lg sekali.. babah taknak. Dia tak sampai hati….
14aribulan suma pakar dtg jumpa ibu.. diorang terang apa yg akan akan dilakukan masa masuk operation theater nnt..satu jenis ubat akan dimasukkan utk melembutkan pangkal rahim ibu, ubat tu jugak yg akan cairkan kamu..ibu kumpul kekuatan…kalau ini takdir yg tertulis buat ibu, ibu redha..esoknya, ibu org pertama dimasukkan kebilik pembedahan..
ibu diberi ubat bius.. 5kali nafas ibu sedar. Doc panggil ibu masih bole jawab.. ‘ya’
masuk 7-8kali nafas, ibu dah tak sedar.. sedar2 ibu diorang kejut, pembedahan da siap. Ibu pegang perut ibu.. sayu ati ibu kamu da takda..ibu sangat lemah..ibu tnya nurse, ‘sy dimana’.. nurse beritahu dalam bilik operation lg..ibu minta balik ward..
keluarnya dr bilik bedah ibu nampak babah, tok, tokwan tengah tggu ibu. Babah senyum.. memberi ibu kekuatan. Tapi ibu sangat lemah. Kesan ubat masih kuat.. ibu terlelap lg..petangnya ibu sedar.. doc bg ubat tahan sakit. Khamis 16aug ibu discharge. Balik sambut raya di kg.. raya yg sangat suram. Ibu kehilangan kamu nak,.. tapi ibu redha.. Ibu kuatkan hati, ada sebab kenapa Allah buat mcm ni.. sampai hari ni ibu masih berpantang. Berpantang tanpa kamu..

ibu tak sempat tgk perut ibu besar mengandungkan kamu.
Ibu tak sempat tgk kamu lahir sempurna depan mata ibu..tapi tolong janji dengan ibu..
Tggu ibu di syurga… alfatihah.


SHAKLEE- Pregnancy 1st trimester

Jeng jeng jenggg ...
Mana tau, lepas lepas try set subur SHAKLEE membuahkan hasil.
Doa,.. usaha, tawakal itu perlu
InshaAllah..lepas tu kita sama sama doa

Ok..
Preggy momy!
Interesting kn bila test UPT naik 2line. Hehe..

Saya pernah rasa saat tu..2012..tahun lepas.
Bahagianya Ya Allah...' ..masa tu agak jer, mengandung ker aku ni.. Tanda dah ada 2-3 tanda..
peod lambat..kencing kerap..Rasa lemah lain macam jer..Hmm :)
...Tapi ada banyak kemungkinan ni..
salah satu, lama sy tak amik ubat jantung. Da lama saya stop.. jadi doc sendiri..padanlah dgn muka ..
Hm..Sebab itukah sy jadi lemah lain mcm je ni..So satu ari tu pegi la sy ke spital...nk sambung ubat jantung lah masa tu.. sekali doc test urin..

 'tahniah, +ve kata doc.
 Ya Allah..sy pregnant!.. Sy bakal jadi ibu..Syukur Ya Allah..syukur.
airmata je jatuh time tu..Tak terucap dengan kata2 :')

aisehh..menyingkap kenangan silam plak sy ni.. -_-,
Ok preggy momy..
^__^

Utk 1st trimester, utk kecergasan..
Utk elak kena g klinik berkali kali
saya advise amik:

1) Vita-Lea- Multivitamin.
2) B-Complex- Menguruskan tekanan apatahlagi bagi proses metabolisme badan. 
3) Ostematrix- Untuk kalsium. Nnt banyak kalsium ilang bila share dgn baby.
4) Vita-C- satu tablets- 7.5bj oren. Hah senang. Takyah nk makan makan oren g dah untuk keperluan vit-C dalam badan.

Kalau takut HB low,
Vita-Lea tu amik 2bj.
Kalau takda budget, amik je dulu Vita-Lea+B-Comp+Ostematrix.
Dengan harga mampu milik saya bagi. 

Tahniah ^__^

PM saya untuk keterangan lanjut.

-Best Price
-Free consultation

FB: Adek Somey

Cont no: 0195914240 PM/ WhatsUp/ WeChat~and now telegram. Update by 20140213



SHAKLEE- Set kesuburan

Dah kawen..of coz la nk baby kn u ols ^__^
Mmg rezeki Allah dah tentukan, tapi usaha tu harus la.
Apakata try set subur ni. Mana tau kut kut berhasil... 
Bukan jaminan tapi sekurangnya kita berusaha.. InshaAllah, lepas tu kita sama sama doa.


Basic utk set kesuburan

Wife: 
GLA COMPLEX:
#GLA membantu wanita dalam meningkatkan kesuburan
#Membantu dan Mengawal Kitaran haid
#Bantu dalam melegakan PMS
#Bantu Kawal Kolesterol
#Bantu masalah Jerawat dan jeragat
#Bantu dalam memperlahankan proses penuaan pada kulit wajah
#Mengandungi Vitamin E yang sangat bagus untuk kecantikan Kulit
#Membantu dalam meredakan period pain

Nak ok lg tambah 

ALFALFA COMPLEX:
#Bantu dalam memberi kelegaan ketika haid
#Memulihkan urat2 ibu2 selepas bersalin
#Bertindak sebagai KACIP FATIMAH kepada wanita
#Mengetatkan bahagian sulit
#Merawat masalah keputihan
#Membantu dalam menghilangkan kelesuan dan stress
#Bantu dalam meneutral kan asid dalam badan
#Melegakan Masalah sembelit
#Sebagai Milkbooster
#Membesarkan dan menegangkan payudara

For hubby plak
Zinc-Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. 

Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

kalau ada budget lebih.. :)

add on Vitamin E dan Selenium – Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. 

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


PM sy-Harga mampu milik.

FB AdekSomey
cont no 0195914240-PM/WhatsUp/WeChat

Update by 20140213~  telegram pun ada.. Hehehhh.. 




Thursday 3 October 2013

SHAKLEE-Budget for Slimming set

Lecithin

Alfalfa

Cerita 3hari lepas..Sy try lecithin+ alfalfa Complex. Niat hati nk turunkan skit berat badan :) Nak sihat la yg pastinya! Starting dos sy amik 3tabs lecithin+ 3-4 tabs alfafa mcm yg disyorkan oleh mak SHAKLEE saya SurianiFaizal. Dia cakap jangan terus amik 6tablets lecithin tu .takut panas..

Lepas makan tu..ha'ah la. badan rasa panas. Hahhh..risau dah..kenapa nihh. .Pas solat isya tu, sy minum banyak air..risau saya sebab valve dalam badan saya bukan lg yg original..Ya Allah.. apa sy buat ni. Dalam hati.doa banyak2. Nk tido minta maaf bagai la ke somi sy tu. Hehe..

Alhamdulillah..takda apa2 jadi.

Esoknya tu bangun badan rasa ringan. Lawas. Kencing sepanjang hari haa.. :) 

Lecithin tu dah bakar lemak degil sy. Alfalfa yg bertindak sebagai nyahtoksin tu dah tolong buang apa yg terbakar tadi. Ringan rasa!


Takmo la cakap sy da kurus_update by 20140214. Bukan nk kurus sangat tujuan sy..cuma nk sihat. Sy more focus on baby. Sy nk lahirkan zuriat buat somi  jadi sy tak focus sangat slimming2 bagai ni. Kalau makan terlebih tu ha mula la sy cari lecithin+Alfalfa ni. Dan sekarang sy try dengan Omega.. Mmg terbakar habissss.

Cuma saya nk cakap..tak perlu belanja mahal2 nk slim 

Simple.

amik Lecithin untuk bakar lemak, Alfalfa utk buang.Then kalau ada budget. amek ESP untuk cekang balik apa yg dah kendur kendur tu. 

Ringkasnya..ESP ni untuk membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yg berkualiti tinggi. Tak lapa minum ESP ni.. serius. Tapi ni kalau nak add on la. tanak pun takpa. Ganti dgn exercise kalau rajin. Hehehe..


PM untuk keterangan lanjut.
Best price
Free consultation.

FB Adek Somey
cont no 0195914240
pm/whatsUp/WeChat ^_^
Telegram pun boleh.


Tuesday 1 October 2013

INTRO

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum
Salam perkenalan.
Berkongsi rasa, berkongsi cerita. Berkongsi ilmu apa yg saya tahu.
InshaAllah..

Nama saya Adek Mahani Binti Abdullah. Facebook Adek Somey
Berkahwin. Punya satu anak tapi dalam jagaan Allah Taala kini..InshaAllah bertemu kami di Sana nnt :)
Bekerja sebagai senior tech kat salah satu company kat Kulim HiTech.

Kehidupan yg biasa.. InshaAllah bakal menjadi luar biasa.

Doakan saya.
Doakan kami

Terima kasih



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bercakap pasal supplement.. pasal usia.. Ops! Dah masuk 3series sy taun ni. dah masuk usia matang rupanya saya.. sat ja kan masa berlalu..Dah Of coz sy kena jaga luar dalam utk org yg sy syg. Tapi mcm mana sebab sy tak bole amik apa apa supplement sebelum ni, nk traditional ke apa jenis pun tak bole. Takut bleeding kata doktor. Oh ya..sy sebenarnya baru lepas operation. Open heart sugery pada awal usia 29tahun. 

For mitral valve replacement. Syukur Alhamdulillah, lepas pembedahan 18/4/2013 aritu, sy sihat. . Sampai hari ni Alhamdulillah sy sangat sihat. Syukur ya Allah.
Perasaan sy?.. Hanya Allah saja yg tahu. Takut sebenarnya.. tapi utk hadiahkan zuriat buat suami yg bagai nyawa saya, sy kuatkan hati dan Alhamdulillah, pembedahan selamat. Terima kasih Dato Hamzah, ketua pakar pembedahan jantung Hospital Pulau Pinang..Saya hargai jasa baik doktor serta kakitangan lain yg menjaga sepanjang sy di hospital.

Lepas operation, nafas rasa lega. syukur.. hampir 3bulan cuti, 01/07/2013 sy start keja mcm biasa. da bole drive sendiri.. heavy duty lease sy kena change dept yg sy stay sekarang sebab sy da tak bole angkat benda berat. Wah, learn sumthin new again.. tapi tu lah..Dok opis lama lama rasa mcm sakit belakang. Badan da kena pisau ni makin lama makin terasa. Obvious jugak la sakit tu.  sy rasa sy kena amik supplement. Tapi nk amik apa.. sebab banyak sangat dah kat pasaran.

Cari punya cari, member yg sekarang merangkap' momy' shaklee sy suggest try supplement ni.
Jom sy kenalkan.

Actually sy taktau sangat pasal shaklee ni awalnya. Sy try sebab rasa KENA amik sumthin masa tu. Saya tak larat..lemah je badan rasa..Bukan nk kurus, nak sihat je masa tu.. ..Then member tu suggest try

#Vita-Lea
#B-Complex
#ESP

Masa tu sy nak untuk yg ilang stress,, tanak letih2..+ nk cekang like sebelum kawen dulu.. Hehe.  ^-^

Sy try utk sebulan..
Pagi sebelum bekfas sy amik ESP. Psst..sy tak lapa lepas amik ESP ni..serius.
After meal. sy amik Vita-Lea+ B-Comp. Saya try utk sebulan.
Alhamdulillah..kesihatan saya makin baik. Badan rasa cergas sihat..Lega sungguh rasa
 ^-^ terima kasih YaAllah.
Sy bukan sembuh dengan supplement ni. Sy sembuh dengan izin-Nya

Penemuan vitamin shaklee membawa perubahan! alhamdulillah..
Utk sapa sapa yg nk mula rasa tak berapa nk sihat specially bila nk dekat dekat masuk 3series dah tu.. elok la start amik supplement. Bukan apa..sebab Mencegah ni lebih baik dari merawat..

Detail, bole contact sy.
Kita kongsi cerita

Adek Mahani
0195914240