Warkah
Untuk Anak Ibu
Ntah
soalan yg ke berapa puluh ratus aku terima dari kawan2 yg prihatin.. tak kira
bangsa dan agama..ati rasa sayu, tapi sekurangnya kehadiran aku yg tak seberapa
ini ada tempat di hati mereka, syukran ya Allah.
Ada yg
tahu tapi tak sampai hati bertanya.. Ada yg tahu tapi pandang aku seorang yg
kejam, yg tak tahu bersyukur dengan anugerah Allah. Ada yg ingat aku masih
‘membawa amanah Allah itu’………….tersentap bila ada yg bertnya..
‘.. baby
sihat?’.. aku tak mampu menjawab. Namun senyuman tetap terukir, dalam hati..
takpe, dia taktau apa yg berlaku.
Mengimbas
pengalaman 2bulan lepas..
Aku
perasan yg..…aku agak penat kebelakangan ni.. naik tangga penat.. jalan banyak
penat.. Pegi pasar malam, satu kali pusing pun rasa penat. Bila malam kepala
rasa berat yg amat.. mak kata lama tak makan ubat la tu..ha’ah..da satu taun
confirm aku tak makan ubat..appointment pegi..aku jadi doctor sendiri.. stop
makan ubat. Sebab aku sihat. Aku tak sakit pun.. hmm, mak tak benti bebel..
makan ubat makan ubat..yew lah org makan.. Pegi dapo,.. tgk2 ubat da expired..
huh!! betul la. Lama sangat da tinggal ubat
.. Ujung
mggunya, aku pegi spital nak sambung ubat. Penat je rasa L… org plak ramai kat
spital hari tu..bila turn sampai...doc suh test air kencing plak..
hahh..kencing lah. Tak larat nak cakap banyak pun..dapat result, aku terus
masuk jumpa dokto tadi tu. Tetiba ‘Tahniah’.. kata dokto tuu.. ‘positive!’ aku
tgk keputusan, ha mmg positive! Takde suara yg kuar time tu.. airmata je kuar
taktau nak cakap apa.. I will be a mom!! Sungguh takda perkataan yg kuar .
Airmata je kuar sambil pegang tangan dokto tu tanda terima kasih..perasaan
seorang ibu sedetik hadir. Syukran ya Allah..
excitednya
kami,.. seminggu sebelum puasa, kami g klinik buat buku merah. Dokto pesan
aritu kalau da pragnent jangan tggu lama, kena maklumkan pada pihak spital. p
la ngan asben,..masuk je lam klinik tu ada yg perut da besar.. ada yg da bawa
anak.. ada yg anak nangis..ngee..kami stage yg sangat baru.. senyum kami dua
tgk. Esoknya Isnin kena g klinik lg.. jumpa dokto. Dokto scan baby yg masa tu
kalo dalam kiraan kami, da 8 mggu. Tapi dokto cakap size baby kecik lg.. 6mggu
J takpe la.. janji baby ibu sihat.
Kat buku
merah diorang label…’HIGH RISK’
Dokto
call pakar jantung Penang.. appointment plak dengan GH Penang Rabu, dalam mggu
tu jugak. Takpe lah.. dokto nak monitor baby ibu agaknya. Jumpa dokto, ibu tak
larat, tapi ibu kuat utk anak ibu. Dokto cakap, everythings ok, Cuma kena dtg
tiap2 bulan combine klinik utk monitor kesihatan kedua kita.takpe..ibu sanggup
apa je.
.. mggu
depannya.. kena jumpa dokto lg.. PAKAR1 Kulim. Ibu g sorang babah kamu keja.
Masa ni ibu tak lalu makan, makan muntah.. paksa juga makan ibu muntah. Tapi
ibu puasa gak. Kesian anak ibu lapar. Tapi ibu mampu puasa..bu yakin kamu pun
mampu survive kat dalam. Bila ibu buka posa, kamu takmo terima langsung.. ha
muntah balik apa ja yg ibu makan.aishh anak ibu nih..
..8aug
ibu n babah g first combine klinik kat GH Penang.. doc check echo jantung ibu.
Mr.Guna yg dah follow kes ibu dr ibu form 4..sampai sekarang. Dia cakap kalo
doc pakar tgk keadaan bocor injap jantung ibu ni, mungkin doc suh buang kamu.
Ibu tak endah pun cakap dia sebab ibu sangat sehat utk kamu.. kamu pun sehat.
Bila siap echo, kul 2ptg lak baru jumpa pakar.. babah bawa ibu g BJ
jup..pusing2.. sebal gak sebab ibu penat nak jalan. Tapi ibu ikut je.. dah
bulan posa, nak makan tak bole. Kejap je musing2 BJ ibu n babah balik spital.
eh da masuk zuhur. Ibu n babah berpecah g surau kat GH tu ha..lepas solat kami
g ke unit 109 kardilogy. Tggu tak lama dokto panggil. Masuk2..ada 2org doc
pakar n beberapa org pembantu doc disitu. Pakar sakit puan, pakar jantung.. Ibu
masuk ngan babah.. bermula episode yg sangat genting dalam idup ibu.
..
Doctor kata based on echo result ni sepatutnya ibu da kena wat operation. Mula
ibu terdiam. Babah pun terdiam.. Ibu cakap dengan dokto, ‘tapi saya sihat
dokto.. last appointment dengan doc chan pun agree kami utk pragnent dulu. Kami
nak teruskan kandungan ni’..
masa tu
usia kamu dalam 11mggu. Dokto pakar kata saya kena jumpa boss. Dalam 5minit
kemudian.. Dato Omar.. ketua pakar jantung GH Penang masuk discuss sama sama.
Dia beritahu risiko sangat tggi utk juangkan kamu. Dalam 10 kes yg mcm ni, 1
atau 2 kes saja yg berjaya. Selebihnya samada baby meninggal takpun dua2
meninggal. Dari segi hukum pun dah jatuh harus buang sebab memudaratkan.
Panjang
lebar dato omar bg advice.. Ibu cakap kat babah, ‘ibu nak kamu’..
Ibu
cakap kat dato omar, ‘sy sehat doctor,,saya tak penat pun. Sy bole bawak..’
Dato
omar cakap..’sekarang kamu sehat dik. Problem akan dtg bila kandungan 6bulan.
Injap yg bocor akan bertambah teruk..paru2 akan masuk air, jantung akan jadi
lemah. Dan masa tu dua2 kita dalam bahaya.
.. pakar
sakit puan arahkan nurse bawa ibu g scan. Babah takleh masuk..ibu nampak dah
tangan kamu, kaki kamu..jantung kamu berdegup..masa tggu dokto nak scan, ibu
cakap dengan babah, ibu nak kamu. Bu nampak mata babah merah.. dia cakap, mmg
dia pun nak kamu, syg kamu.. skrg mungkin dia ilang satu.. kalo teruskan dia
mungkin hilang dua... Bgenang airmata ibu tapi ibu seka.. insyaAllah.. ibu
yakin ada jalan. Ibu nak juangkan kamu kuar dengan sehat, sempurna mcm baby
lain..baliknya ibu langsung tak bleh cakap ngan babah.. kuar je topik ni,
airmata bu jatuh.
..
esoknya..9Aug, awal pagi dokto pakar sakit puan call ibu, diorg minta keputusan
. tak sampai 24jam ibu diminta buat keputusan yg melibatkan nyawa..ibu minta
masa utk fikir.. satu ari kat tempat keja, sambil keja sambil nangis.. sungguh
ibu taktau apa nak buat..jumaat ibu kena bg keputusan.. malamnya ibu
istikharah.. basah telekung ibu, maafkan ibu nak. Sumpah kalau ibu terpaksa
buang kamu, ni bukan kehendak ibu..
babah
balik malam tu.. dia peluk ibu, bagi ibu kekuatan.. dah bukan rezeki lg katanya.
Esok tu
jumaat, 10aug, kami g Png lg sekali. Jumpa dengan pakar bius and pakar sakit
puan,.. dokto tu cakap bila dato omar yg advice suruh buang pihak kami tak
boleh buat apa2..ibu cakap, ibu nak baby ibu. ‘ dek, u masih ada peluang utk
mengandung lg.. lepas buang, lepas buat pembedahan jantung, kamu boleh
mengandung’ ..
‘This is
my first baby doctor..u tau kan apa perasaan I..i want my baby..’ airmata ibu
mengalir.. mereka bukan ditempat ibu jadi bole cakap apa pun.. baliknya doktor
bagi surat..seminggu sebelum raya ..13-aug ibu kena masuk ward.
Ibu
balik kg, jumpa tok.. abg2 ibu.. airmata ibu tak pernah kering. Ibu masih
ada baki 5 hari dengan kamu. Ahad 12Aug, petang ibu g bazaar. Ibu nampak dadih
segar..ibu teringatkan kamu..ibu nak kamu sihat nak..masih ada sisa waktu utk
ibu kongsi dengan anak yg sedang ibu kandung..
malam
tu,.. ibu solat minta kekuatan. Ibu sedekahkan kamu yaasin.telekung ibu basah
lg.. bila babah balik, bu takleh cakap apa pun.. sebak. Ibu minta maaf.. ibu
nak kamu, tapi ibu terpaksa buang kamu.. tolong janji dengan ibu, tggu ibu
disyurga…istikharah ibu kesekian kalinya tengah malam tu.. masih harap
keajaiban akan berlaku.. berat dugaan Allah utk ibu kali ni nak..
..
keesokan harinya,13Aug ibu masuk ward..sayu perjalanan kami pagi tu. Kami pergi
untuk buang kamu, zalim kan ibu??.. malam hari pertama ibu kat ward, babah kamu
balik amik tok kamu kat kampong. Doc minta scan kamu lg sekali. Ibu nampak
tulang belakang kamu, jantung kamu sihat.. airmata bu bergenang ..doc pegang bahu
ibu.. ‘sabar dek. Baby u suffer kalau u tak sihat.. go for operation first,
then after 1year, U can pragnent again’. Airmata ibu tumpah lagi.. ya Allah..
berat dugaan-Mu ini ya Rahman.. kerana ibu tahu ibu sedang di uji, ibu terlelap
dengan sisa airmata di pipi. Sesungguhnya seorang sahabat pernah berkata pada
ibu, dugaan hebat utk hamba-Nya yg hebat.
Esoknya
babah dtg. Ibu suh minta dengan doctor nak tgk kamu lg sekali.. babah taknak.
Dia tak sampai hati….
14aribulan
suma pakar dtg jumpa ibu.. diorang terang apa yg akan akan dilakukan masa masuk
operation theater nnt..satu jenis ubat akan dimasukkan utk melembutkan pangkal
rahim ibu, ubat tu jugak yg akan cairkan kamu..ibu kumpul kekuatan…kalau ini
takdir yg tertulis buat ibu, ibu redha..esoknya, ibu org pertama dimasukkan
kebilik pembedahan..
ibu
diberi ubat bius.. 5kali nafas ibu sedar. Doc panggil ibu masih bole jawab..
‘ya’
masuk
7-8kali nafas, ibu dah tak sedar.. sedar2 ibu diorang kejut, pembedahan da
siap. Ibu pegang perut ibu.. sayu ati ibu kamu da takda..ibu sangat lemah..ibu
tnya nurse, ‘sy dimana’.. nurse beritahu dalam bilik operation lg..ibu minta
balik ward..
keluarnya
dr bilik bedah ibu nampak babah, tok, tokwan tengah tggu ibu. Babah senyum..
memberi ibu kekuatan. Tapi ibu sangat lemah. Kesan ubat masih kuat.. ibu
terlelap lg..petangnya ibu sedar.. doc bg ubat tahan sakit. Khamis 16aug ibu
discharge. Balik sambut raya di kg.. raya yg sangat suram. Ibu kehilangan kamu
nak,.. tapi ibu redha.. Ibu kuatkan hati, ada sebab kenapa Allah buat mcm ni..
sampai hari ni ibu masih berpantang. Berpantang tanpa kamu..
ibu tak
sempat tgk perut ibu besar mengandungkan kamu.
Ibu tak
sempat tgk kamu lahir sempurna depan mata ibu..tapi tolong janji dengan ibu..
Tggu ibu
di syurga… alfatihah.
No comments:
Post a Comment