Pages

Thursday 29 October 2015

IMKK May 2015- Part 2

Apa khabar semua pembaca blog adekmahani.blogspot.com ? anda yang sedang membaca ini saya yakin luar biasa hebat. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, bahagia di dunia, bahagia di akhirat Insha Allah. Selepas 5bulan baru berkesempatan update part-2. Banyak cerita in between. Saya kongsi kemudian cerita cerita indah in between ni, InshaAllah..

:)


POWER OF VISUALIZATION.
HONDA CRV 2000CC 2WD


01 June 2015

Seminggu berlalu. Aura IMKK masih kuat terasa. The power of ACTION. Itu yang sedang saya praktiskan selepas balik. Strip merah di lengan kanan  ‘Richwork’,”Unlock your Potentials” masih kukuh. Ia memberi aura, saat budak kecik small little voice dalam diri ni cuba negative kan minda,.. cepat cepat SWITCHHH!! Alhamdulillah..rohani semakin ke arah positive saban hari.


Semalam, lepas rutin sy dengan nurin bercarboot sale memperkenalkan tradisi baling, mempromosikan kuih siput mak, baliknya kami feel good sebentar di HONDA. Feel it..feel it. Meremang roma saya masa masuk show room bila ternampak CRV. Allahuakbar.. the power of visualization. Berangan is free ok. Tak kena bayar. so, DREAM BIG dear! :)
Tengok tayar meremang roma, tengok seat, pegang stereng pun Allahuakbar..syahdu.. terasa CRV itu ana yang punya. Heheheh..


SALAH SATU DARI 101 IMPIAN..INSHA ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH. LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION. SOON OR SOONER SAYA DAPAT CRV NI ^_^


WHITE/ MODERN STEEL




DOAKAN IMPIAN SAYA JADI KENYATAAN


PERMUDAHKANLAH YA ALLAH.. UNTUK AKU DAPAT CRV NI HUJUNG TAHUN NI. DISEMBER 2015


Perubahan...

Lepas balik IMKK, terasa diri macam orang baru. Tiada sekelumit pun rasa marah dendam, bawa kereta rasa cool, relax.. baju ketat terasa gayat,..bibir terukir senyum dengan semua orang. Rasa apakah ini. Saya bukan org baik saya tahu. Tapi saya cuba untuk buat yang terbaik dengan semua orang. Hatta tiada mengenali sekalipun, namun kita bersilaturrahim. Sujud pada satu kiblat yang sama :) Dr Azizan betul betul tune kepala hotak ni. Fuh! Kena  program habis . Syukur Alhamdulillah kami terpilih untuk berada dalam gelombang positive masa di IMKK. Cabarannya ialah macam mana nak kekalkan momentum positive ni dalam kehidupan selepas ni. Ini cabaran hebat :) untuk terus pahat diri berada dalam gelombang yang positive. Saya kena pilih logistic atau persekitaran. Jauh dari manusia manusia yg suka cakap hal hal negative. Saya kena avoid mereka.  Saya bukan sombong.. bukan taknak berdunia tapi saya kena pilih logistic saya.

Ingat perkara ini.
Mulai dari saat ni, pembaca yang berkunjung ke blog adekmahani.blogspot.com  perlu jaga 4perkara ini
  • apa yang kita FIKIR
  • apa yang kita RASA
  • apa yang kita CAKAP
  • apa yang kita BUAT
Semua adalah DOA.Mulai sekarang semua perkara ni anda perlu jaga. Ingat yang baik baik, cakap yang baik baik, buat yang baik baik. InshaAllah yang datang semua baik baik ^_^

Ok, long short story. Since blog ni saya sambung cerita dari lepas balik IMKK hari tu, dah lama nau kisahnya. . apa yang saya dapat balik dari IMKK?
Sesungguhnya,
Hidayah milik Allah. Allah memilih siapa yang DIA kehendaki. Alhamdulillah, Allah bukakan hati saya memaafkan dan melupakan hijab saya sendiri. Sebelum hadir IMKK, memang saya cakap dengan diri sendiri. Saya dah maafkan. Tapi saya tak mampu lupakan kisah pahit yang berlaku di penghujung tahun 2014. Bagi saya 2014 adalah  tahun yang paling pahit dalam sejarah hidup.  Selepas 2 hari berkampung di IMKK, berpeluang bercakap dengan salah seorang peserta titanum, Intan Kek Orrange tentang rahsia kejayaan beliau. disitu saya terdiam. betul,, hijab saya adalah memaafkan tapi tak mampu melupakan. Allahuakbar.. menangis saya masa bercakap dengan beliau. saya tak mampu paksa diri lupakan kepahitan tu. namun, Allah maha Besar. masa hari kami di IMKK buat submission, semua orang berdoa. Kami pada waktu itu berdoa dalam taman syurga. Majlis ilmu adalah salah satu dari taman syurga. kita tak tahu doa siapa yang Allah kabulkan. Menangis saya. Menangis sungguh saat saya relakan diri melupakan kisah pahit tu. Allahuakbar.. Kuatkan hati kami ya Allah.. kuatkan!

Saya pendekkan cerita. saya lega lepas memaafkan dan melupakan. serius saya rasa lega. Saya dah tanak ingat dah kesakitan tu. fullstop.
Baliknya,  saya teruskan  istikharah, menangis saya bangun tengah malam minta Allah tunjukkan saya jalan yang lurus, jalan yang membawa saya ke Syurga, kalau kesakitan ini lah yang tertulis sebagai ujian besar dari Allah, saya terima. One day, tiba saat Allah betul betul buka hati, saya face to face dengan'nya untuk selesaikan apa yang belum selesai. .yang menutupi hijab rezeki saya selama ni.
Long short story, tak lama pastu hadir rezeki yang selama ni kami nanti :) panjang lah kisahnya.
Moral;
andaikata ada sesuatu yang terbuku dihati kalian, lepaskan. Allah tahu apa yang kita tanggung, Allah tahu kita 'sakit' namun yakinlah bahawa ujian Allah takkan lebih dari kemampuan hambaNya. Bermaksud sesukar mana pun ujian yang melanda..anda sebenarnya mampu :) baik sangka lah dengan Allah SWT

29th Oct 2015- hari ini...

Anak dalam kandungan  saya mencecah 22minggu 4hari. Counting every single day, pemberian yang tak terhitung nilai setelah lebih 3tahun menanti. Anak dalam kandungan ni saya gelar anak IMKK. Itu kisah panjang. Cukuplah saya nyatakan disini, saya syukur dengan ketetapan Allah. Walau sakit macam mana pun Allah uji, sekarang Allah balas dengan kemanisan. Dah lah.. saya tanak ingat langsung yang sakit sakit. Life is too short. To be happy or unhappy, you choose by yourself.  ada dua pilihan dalam hidup samada memilih P yang negative iaitu PAIN atau P yang positive iaitu PLESSURE. Saya memilih untuk rasa tenang. Jadi saya ubah focus, ubah keputusan.

Alhamdulillah.. saya dapat rasakan erti ketenangan tu sekarang.. Mungkin rezeki kami dari segi kewangan tak semewah orang lain tapi, rezeki kebahagiaan, rezeki ketenangan, rezeki sihat sudah cukup untuk buat hati rasa bahagia. Terima kasih ya Allah.

Ok cukup lah sharing kali ni. InshaAllah, soon or sooner saya akan share the journey sepanjang membawa khalifah Allah yang diamanahkan ke muka bumi. InshaAllah.. stay tune sayang sayang sekalian. Assalamualaikum :)

With love,
Adek Mahani
019-5914240