Apa khabar semua pembaca blog adekmahani.blogspot.com ? anda yang sedang membaca ini saya yakin luar biasa hebat. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, bahagia di dunia, bahagia di akhirat Insha Allah. Selepas 5bulan baru berkesempatan update part-2. Banyak cerita in between. Saya kongsi kemudian cerita cerita indah in between ni, InshaAllah..
:)POWER OF VISUALIZATION. HONDA CRV 2000CC 2WD |
01 June 2015
Seminggu berlalu. Aura IMKK masih kuat terasa.
The power of ACTION. Itu yang sedang saya praktiskan selepas balik. Strip merah
di lengan kanan ‘Richwork’,”Unlock your Potentials” masih kukuh. Ia memberi aura,
saat budak kecik small little voice dalam diri ni cuba negative kan minda,..
cepat cepat SWITCHHH!! Alhamdulillah..rohani semakin ke arah positive saban
hari.
Semalam, lepas rutin sy dengan nurin
bercarboot sale memperkenalkan tradisi baling, mempromosikan kuih siput mak,
baliknya kami feel good sebentar di HONDA. Feel it..feel it. Meremang roma saya
masa masuk show room bila ternampak CRV. Allahuakbar.. the power of
visualization. Berangan is free ok. Tak kena bayar. so, DREAM BIG dear! :)
Tengok tayar meremang roma, tengok seat,
pegang stereng pun Allahuakbar..syahdu.. terasa CRV itu ana yang punya.
Heheheh..
SALAH SATU DARI 101 IMPIAN..INSHA ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH. LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION. SOON OR SOONER SAYA DAPAT CRV NI ^_^ |
WHITE/ MODERN STEEL |
DOAKAN IMPIAN SAYA JADI KENYATAAN |
PERMUDAHKANLAH YA ALLAH.. UNTUK AKU DAPAT CRV NI HUJUNG TAHUN NI. DISEMBER 2015 |
Perubahan...
Lepas balik IMKK, terasa diri macam orang
baru. Tiada sekelumit pun rasa marah dendam, bawa kereta rasa cool, relax..
baju ketat terasa gayat,..bibir terukir senyum dengan semua orang. Rasa apakah
ini. Saya bukan org baik saya tahu. Tapi saya cuba untuk buat yang terbaik
dengan semua orang. Hatta tiada mengenali sekalipun, namun kita
bersilaturrahim. Sujud pada satu kiblat yang sama :) Dr Azizan betul betul tune
kepala hotak ni. Fuh! Kena program habis
. Syukur Alhamdulillah kami terpilih untuk berada dalam gelombang positive masa
di IMKK. Cabarannya ialah macam mana nak kekalkan momentum positive ni dalam
kehidupan selepas ni. Ini cabaran hebat :) untuk terus pahat diri berada dalam
gelombang yang positive. Saya kena pilih logistic atau persekitaran. Jauh dari
manusia manusia yg suka cakap hal hal negative. Saya kena avoid mereka. Saya bukan sombong.. bukan taknak berdunia
tapi saya kena pilih logistic saya.
Ingat perkara ini.
Mulai dari saat ni, pembaca yang berkunjung ke
blog adekmahani.blogspot.com perlu jaga
4perkara ini
- apa yang kita FIKIR
- apa yang kita RASA
- apa yang kita CAKAP
- apa yang kita BUAT
Semua adalah DOA.Mulai sekarang semua perkara
ni anda perlu jaga. Ingat yang baik baik, cakap yang baik baik, buat yang baik
baik. InshaAllah yang datang semua baik baik ^_^
Ok, long short story. Since blog ni saya
sambung cerita dari lepas balik IMKK hari tu, dah lama nau kisahnya. . apa yang
saya dapat balik dari IMKK?
Sesungguhnya,
Hidayah milik Allah. Allah memilih siapa yang
DIA kehendaki. Alhamdulillah, Allah bukakan hati saya memaafkan dan melupakan
hijab saya sendiri. Sebelum hadir IMKK, memang saya cakap dengan diri sendiri.
Saya dah maafkan. Tapi saya tak mampu lupakan kisah pahit yang berlaku di
penghujung tahun 2014. Bagi saya 2014 adalah tahun yang paling pahit dalam sejarah hidup. Selepas 2 hari berkampung di IMKK, berpeluang
bercakap dengan salah seorang peserta titanum, Intan Kek Orrange tentang
rahsia kejayaan beliau. disitu saya terdiam. betul,, hijab saya adalah
memaafkan tapi tak mampu melupakan. Allahuakbar.. menangis saya masa bercakap
dengan beliau. saya tak mampu paksa diri lupakan kepahitan tu. namun, Allah
maha Besar. masa hari kami di IMKK buat submission, semua orang berdoa. Kami
pada waktu itu berdoa dalam taman syurga. Majlis ilmu adalah salah satu dari
taman syurga. kita tak tahu doa siapa yang Allah kabulkan. Menangis saya.
Menangis sungguh saat saya relakan diri melupakan kisah pahit tu. Allahuakbar..
Kuatkan hati kami ya Allah.. kuatkan!
Saya pendekkan cerita. saya lega lepas
memaafkan dan melupakan. serius saya rasa lega. Saya dah tanak ingat dah
kesakitan tu. fullstop.
Baliknya,
saya teruskan istikharah,
menangis saya bangun tengah malam minta Allah tunjukkan saya jalan yang lurus,
jalan yang membawa saya ke Syurga, kalau kesakitan ini lah yang tertulis
sebagai ujian besar dari Allah, saya terima. One day, tiba saat Allah betul
betul buka hati, saya face to face dengan'nya untuk selesaikan apa yang belum
selesai. .yang menutupi hijab rezeki saya selama ni.
Long short story, tak lama pastu hadir rezeki
yang selama ni kami nanti :) panjang lah kisahnya.
Moral;
andaikata ada sesuatu yang terbuku dihati
kalian, lepaskan. Allah tahu apa yang kita tanggung, Allah tahu kita 'sakit' namun
yakinlah bahawa ujian Allah takkan lebih dari kemampuan hambaNya. Bermaksud
sesukar mana pun ujian yang melanda..anda sebenarnya mampu :) baik sangka lah
dengan Allah SWT
29th Oct 2015- hari ini...
Anak dalam kandungan saya mencecah 22minggu 4hari. Counting every
single day, pemberian yang tak terhitung nilai setelah lebih 3tahun menanti.
Anak dalam kandungan ni saya gelar anak IMKK. Itu kisah panjang. Cukuplah saya
nyatakan disini, saya syukur dengan ketetapan Allah. Walau sakit macam mana pun
Allah uji, sekarang Allah balas dengan kemanisan. Dah lah.. saya tanak ingat
langsung yang sakit sakit. Life is too short. To be happy or unhappy, you
choose by yourself. ada dua pilihan
dalam hidup samada memilih P yang negative iaitu PAIN atau P yang positive
iaitu PLESSURE. Saya memilih untuk rasa tenang. Jadi saya ubah focus, ubah keputusan.
Alhamdulillah.. saya dapat rasakan erti
ketenangan tu sekarang.. Mungkin rezeki kami dari segi kewangan tak semewah
orang lain tapi, rezeki kebahagiaan, rezeki ketenangan, rezeki sihat sudah cukup
untuk buat hati rasa bahagia. Terima kasih ya Allah.
Ok cukup lah sharing kali ni. InshaAllah, soon
or sooner saya akan share the journey sepanjang membawa khalifah Allah yang
diamanahkan ke muka bumi. InshaAllah.. stay tune sayang sayang sekalian.
Assalamualaikum :)
With love,
Adek Mahani
019-5914240
019-5914240
No comments:
Post a Comment