Hari ni 18/04/15,
Terima kasih ya Allah.. atas segala ujianMu. |
2taun lepas, pada
tarikh ni waktu ini, sy sedang ‘berjuang’ dalam operation theater untuk Mitral
Valve Replacement. Injap mitral saya bocor sejak kecik. Masa sy check up di KPJ
beberapa mggu sebelum tu, Doc Safari cakap jantung sy dah mula bengkak. Better operate
sekarang sementara masih kuat. Dalam hati, sy redha dengan ujian kecil Allah
ini. Rezeki saya, lepas refer KPJ, GHPP call untuk operation. Mungkin dah tiba
masanya.15/04/2013 sy admit.
Pagi 18/04/13, saya 1st case operation pagi tu. Mak dan
beberapa ahli keluarga lain dr awal pagi menemani hingga sy ditolak ke bilik
pembedahan. Menyusur mereka di belakang. Saya senyum memberi kekuatan pada diri
sendiri..walau dalam hati takut hanya Allah yang tahu. Saat saya ditolak ke operation theater, tak
putus istighfar dalam hati, mohon keampunan Allah SWT. ‘Jangan nangis dek..u harus kuat untuk mereka semua. u tak bole
kelihatan lemah depan semua insan ni. ..’
Saat mak dan mereka yang lain cium pipi cium dahi, saya
senyum.. Memberi tahu mereka dalam diam semuanya akan ok InshaAllah. Saya
nampak ‘kkak’ anak buah sy jatuh airmata saat memberi saya kekuatan, sy senyum
lagi.. ‘maksu ok. Doakan msu jaa’. Sy
tengok sorang demi sorang wajah kesayangan.. terhenti pada mak.. mak seolah
menahan sesuatu. Saya tahu mak takut kehilangan. Sy senyum lagi memberi mak
kekuatan..dlm hati ‘Adek ok mak...’ sy melihat seorang demi seorang saat ditolak masuk
ke dalam.. dalam hati andaikata ini kali terakhir aku menatap mereka...Allahuakbar.
peliharalah mereka semua ya Allah.
Seram dalam bilik operation ..Bismillahitawakkal ‘Alallah..
InshaAllah. Sy buang jauh rasa takut. Masa ni sy nampak doc pakar bius yang
explain procedure 2hari lepas,dia melihat sy sambil senyum..’everything will be ok’. Muka sy ditutup
dengan kain nipis hijau. Rasa sakit kena cucuk ditengkuk. sambil..terus
istighfar dalam hati. Kain dibuka, masa ni sy masih sedar. saya ditolak ke
bawah lampu. Masih terdengar para doctor cakap ‘bahasa mereka’ ... Sy nampak
doc pegang satu alat mcm sedut gas. Sy tahu tu alat untuk ‘matikan’ sy sepanjang pembedahan. Sy rileks..betul,
masa benda tu diletak ke hidung dan
mulut sy.
Tarik nafas.. 2-3 kali nafas sy pengsan. Dah tak sedar apa apa
lagi.. pembedahan sy difahamkan kalau takda masalah, mungkin dalam 7-8 jam.
Bermaksud dr pagi-petang. Satu injap sy kena tukar..injap mitral. lagi dua
injap kena repair.
Operation berjalan lancar. Alhamdulillah.. Masa separa
sedar; sy dengar mak..kkak.. memanggil ‘adek... maksu’..tapi sy tak nampak apa
apa.. Yang sy ingat, ‘sedut kahak..’‘dah
nak sedar ni’..‘dia kuat’..
Saya taktau tu siapa. Saya tak nampak apa apa..tapi sy
mendengar. Sungguh lah.. kata orang tatkala koma kita merasa semangat mereka
salurkan. Kita mendengar apa mereka kata walaupun kurang jelas siapakah..
apakah..
2hari koma, esok malam tu, baru sy betul2 sedar. Ya Allah..
wayar apakah ini. Tiub dimulut..tiub dimerata rata. Dengar pesakit sebelah
mengerang..sy pusing..tapi mata saya kabur. Terasa cemas. ‘Nurse,..sy nak suami sy..sy nak spek. .sy tak nampak’. Nurse dtg.. ‘jangan
banyak gerak. .’
Sy terbaring..sungguh sy tak mampu apa apa saat ni. Lepas
jer sy sedar, sy ditransfer ke unit CTC malam tu jugak. Sukarnya ya Allah sy
bernafas. Bermula kesukaran ini lah..dengan 2 tiub di perut.. tong darah yg
masih bersisa.. saya tak mampu apa apa.. Duduk bangun, nak ke toilet kena
wheelchair. Bertatih jalan saya perlukan bantuan org. ‘bendasing’ dalam badan
ni, ambil masa yg agak lama nak sesuai dengan sy. Setiap hari selama hampir
sebulan sy demam. Demam tak bole discharge. Menangis nangis sy nak balik. Allahuakbar..
kenangan ni akan sy simpan sampai bila bila.
Nasihat saya, pembaca semua.. jaga la kesihatan baik baik. Macam
sy punya kes lain, sy ‘dipilih’ oleh Allah SWT untuk dapat sakit ni dari kecik.
Sepanjang sy warded sy nampak ramai orang yg kena sakit jantung (heart attack) diusia
pertengahan adalah lelaki. Tak nafikan, perempuan pun ada tapi agak dilewat
usia disebabkan masalah injap macam saya. Ada jugak beberapa kes yg kena buat
bypass disebabkan serangan jantung. Saya nampak bila dah semakin berusia,
semakin susah nak baik mcm sediakala. Apalagi kalau yg ada kencing manis. Susah
sangat nak baik. Lepas ok jantung, kencing manis plak bernanah nanah tempat
kena tebuk tu. Nauzubillah..
So kalau boleh prevent, prevent lah dari awal. Jangan ikut
sangat kata hati tu. Kalau berkemampuan, amiklah suppliment apa apa untuk jaga
kesihatan. Jangan sakit baru nak cari ubat tu ubat ni. Tak guna dah masa tu.
Sy share sebab sy lalui semua ni.hampir sebulan warded unit
cardio, mcm mcm sy jumpa. Kebanyakannya heart attack. Heart attack adalah
berpunca dari kolestrol yang tggi. Saya seringkali share pasal ni..senang nak
bagi faham, bila kolestrol tggi dan makin tggi, lama kelamaan akan block
saluran darah. Masa ni lah terjadinya serangan jantung. Serangan jantung kalau
cepat selamat. Kalau lambat, nauzubillah.. saya takmau sebut lah. Memang, mati
itu pasti. Setiap kita yang hidup pasti merasai mati. Cumanya,.. nasihat sy
selagi bole jaga, jaga.
Sekian sharing sy hari ni. Semoga bermanfaat kisah ni untuk
uol lebih aware untuk jaga kesihatan masing masing. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment