Pages

Friday, 17 April 2015

airmata tumpah jua

Airmata yang selama hari ni aku seka didepan semua orang, akhirnya hari ni tumpah depan Norina. Allahuakbar..kenapa lemah aku saat ni. Masa joint seminar hidup luar biasa tadi, doc minta kami pejamkan mata.. bayangkan di depan ada bulatan kecil. Dalam bulatan tu ada cahaya impian yang selama ni kita impikan..kebahagiaan, kebebasan..dan segala apa yang kita nak selama hari ni ada dalam bulatan kecil tu.

Saat doc melepaskan kami melangkah ke bulatan tu, airmata aku mula jatuh. Aku dahagakan perubahan hidup. Aku dahaga untuk keluar dari semua kesempitan hidup ni. Laju airmata jatuh saat ni. Aku tak pasti kenapa perlu airmata ini jatuh sedang aku dah berjaya masuk dalam bulatan kejayaan tu.

Perasaan ini terbawa. Aku seka sebenarnya..berlagak depan norina seolah tak terkesan apa apa dalam hati. Tapi aku tak mampu tipu diri sendiri. Aku teringatkan tahun lepas masa joint IMKK general tiket, turning point adalah membahagiakan orang yang paling aku sayang. Dan hari ni Allah menguji, orang yang paling aku sayang itu mengkhianati kepercayaanku padanya selama ini. Sungguh, sejak kejadian,..sakit dalam hati ni hanya Allah yang tahu. Bagaimana tiada perkataan boleh aku gambarkan betapa aku menyayangi insan ini, begitu juga tiada perkataan menggambarkan betapa sakit aku dikhianati. Namun, aku yakin.. Allah yang memegang hati. Allah yang beri bahagia, dan Allah beri sakit untuk menguji sejauhmana keimanan kita terhadapnya..

aku sentiasa pujuk hati memaafkan. Tiap malam sebelum tidur,  aku berbicara dengan Allah, aku maafkan dia. Dan aku halalkan dunia akhirat tiap apa yang dia tak mampu tunaikan selama kami bersama,,aku halalkan. Tidak ada sekelumit pun perasaan dendam dalam hati. Aku tak mahu bermusuh dengan sesiapa di muka bumi  Allah ni. Aku sedar, sudah hidup ini adalah mati. Jadi untuk apa menyimpan dendam.

Aku mengkaji dimana silap. Kenapa aku masih tersekat di tahap yang sama sedangkan aku sudah memaafkan semua orang. Menjaga hubungan dengan semua orang seadanya.. walau disakiti..walau dikhianati. Walau tak dipeduli. Aku ada terbaca kata kata, untuk hidup tenang, jangan bergantung pada makhluk. Cukuplah Allah sebaik baik penolong.
Rupanya bila aku kaji, dan kaji, memang benar aku memaafkan. Tapi silap aku tak mampu melupakan. Bagaimana ya Allah.. ajarkan aku bagaimana untuk melupakan kesakitan yg ditinggalkan ini. Sungguh, dengan nama Allah tiada sekelumit pun perasaan dendam dalam hati. Apalagi nak bermusuh sesama sendiri. Tapi,..

Kenapa sangat sukar aku lupakan kesakitan ni ya Allah..

Ya Allah, ajarkan aku bagaimana untuk lupakan semua ni. Dengan waras, lepas HLB aku  mendaftar IMKK lagi sekali tahun ni dengan super supreme ticket. Jujur dalam poket cuma ada sekeping RM50 dan beberapa helai duit seringgit. Pendaftaran RM200. Ya Allah, terima kasih meminjamkan norina sebagai sahabatku dunia akhirat InshaAllah, aku pinjam dari beliau RM200 mendaftar IMKK super supreme ticket RM3997. Aku tak tahu ya Allah bagaimana aku bole dapat lagi RM3797 untuk bayar, aku serahkan padaMu ya Allah,..andaikata ini jalan untuk aku keluar dari segala kesulitan ni, maka KAU permudahkanlah. Bantulah aku dalam jihad mencari rezekiMu yang halal.


Aamiin ya Allah.
Nukil hati

20140412
Ya Allah, aku serahkan seluruh kehidupanku ini padaMu.
aturlah ya Allah mana yang terbaik untukku.

1 comment:

  1. InsyaAllah Dia akan kurniakan kekayaan jiwa kepada kamu untuk kamu melangkah lebih jauh. Aameen3x

    ReplyDelete