---->Dari BANGKIT saya terjebak ke MMM!
Teringat masa mula mula joint seminar doc. BANGKIT pada 20140105- sy tak kenal pun org yg tolong register nama sy ke seminar tu. Dia seorang kawan dari kawan saya yg lain. Time tu sy sorang.. tak kenal sorang pun dalam keramaian tu. Tak kenal dan taktau pun macam mana. Tak pernah joint lansung seminar- seminar bagai ni. Buat business main redah je. Langgar dinding tergolek. Bangun, langgar lagi..Hehe.
..Time ni Doc bercakap tentang BANGKIT. Tentang MESTI. Tentang POWER..
Masa tu sy pelik giler org2 yg berdiri atas kerusi masa berbara bara bere bere. Mcm pelik jer.. hehe. Tapi mmg best habis lah seminar tu.
Kali kedua sy joint lagi. BANGKIT 2014 pada 20140305. Kali ni sy dengan opismate saya @Puan Domok a.k.a Norina yg comel. Best yang tersangat-sangat best. Masa ni tak reti sangat lagi berbara bara bere bere. Ahh..goyang je lah..ikut je.
..Kali ni Doc menyebut tentang hubungan dengan Allah. Tentang 101 impian. Tentang mentaliti.
Pastu 3rd time, sy joint lagi. BANGKIT BERNIAGA 20140330. Kali ni saya dengan dua orang opismate yg gorgeous. Ana+ Ruby. Norina masa ni balik KL. Jadi dia attend yg kat KL.
Sekali lagi berbara bara bere bere..hhi. tak reti jugak lagi haaa :D. Tapi perasaan pelik org berdiri atas kerusi kurang sikit dah. Kali ketiga kan... . Kali ni Doc bercakap tentang kepantasan tindakan, konsistensi, tentang marketing. tentang MMM (MILLIONAIRE MARKETING MASTERY) di MIECC
Terasa nak joint..tapi dalam hati mahalnya tiket .. Masa tu rasa mahal sangat!.. Nak joint tu teramat. Aura sudah teramat amat nak. Tapi... (see..#alasan) satu tiket RM2997 untuk general seat. Offer buy 1 free 1..mean 1500.. mahalnyaaa...wuwuu.. Rasa mahal sebab sy hanyalah sorang technician yg dahagakan perubahan luar biasa berlaku dalam hidup! tapi walaupun mahal sy congak kembali,ilmu apa pulak yg sy akan dapat selepas tu..
Pastu..baliknya senyap. Nak ke tanak..tanak ke nak.. congak lagi kau jah..berkira sungguh nk cari ilmu. Sampai la 2-3 hari sebelum MMM.
Saya ingat masa tu weekend. Sy tak kemana hari tu. Takde sale..takde cod. Jadi dok je lah umah. Sy lapangkan diri hari tu..sy berdhuha. Tetiba iphone5 hadiah dari suami berbunyi. Cewahh..nk jugak bgtau ada iPhone..hhi. takpe lah..biar je dia bunyi.
Usai 2rakaat, sy terasa nk lagi 2rakaat. Sy pun sambung..usai, sy berdoa,.. ya Allah..sy nk jadi org yg kaya dan berjaya untuk sy bantu suami sy, untuk bantu mak..untuk bantu mak mertua saya..untk bantu ramai lagi mereka diluar sana. Tolong saya ya Allah..Beri saya jalan..Beri saya petunjuk dan hidayah. Sy nak lagi satu tahun pendapatan saya lebih dari RM10000 untuk sy berzakat dengan lebih banyak. Bersedekah dengan lebih banyak. Airmata saya jatuh. Hari ni sy hanya mampu sedekah 50 paling tggi. Sy nk sedekah lebih banyak dari tu ya Allah..
Panjang sy mengadu. Usai, sy lipat lipat telekung. Baru lah tergerak hati tgk hp. Ehh..Norina yg call.. nape ep dia call..tak pernah pernah call ni. Sy pun whatsup.. nape ye call?..
Pastu norina bgtau pasal MMM. Ya Allah..sy tsentap. Inikah yg Allah jalan sedang yg kau berikan. Entah macam mana, naluri saya dekat sangat dengan MMM. Saya nak..sy nk ubah hidup sy. Hidup kami.
Pastu, sy kuatkan diri bgtau suami. Dengan hati yg sangat mengharap, dia lepaskan sy pergi dengan rela. Sy solat lagi. Nangis lagi. Taktau kenapa mudah sangat airmata sy tumpah. Sy mohon ya Allah.. tolong gerakkan hati suami, izinkan saya pergi.
Malamnya..dengan lafaz bismillah... sy minta lagi izin pemilik pintu syurga sy.. ‘B, yunk minta izin nk p Program doc kat KL..yunk dengan Norina+Ana. B, yunk janji ini last yunk minta izin B..lepas ni yunk tak minta dah..
Allah dengar doa saya. B dengan rela..dengan ketidak paksaan cakap...pegi la. Tapi b nk tgk perubahan. Ya Allah ya Allah.. syukur. Malamnya tu sy tdo dengan hati yg sangat tenang. Tak sabar esok nk bgtau Norina+Ana hubby beri keizinan.
Esoknya tu jugak sy keluarkan saving utk ke MMM. Ana yg uruskan.. tak sabar sy nk berkampung dengan semua manusia bakal jutawan ni.
Alhamdulillah..berkampunglah kami 30Apr- smlm 4Mei...tak terkata sy sepanjang 5hari ni betapa banyaknya..betapa awesomenya ..betapa indahnya ilmu yg doc sampaikan. Tiap kali doc naik pentas, tiap kali itu lah bulu roma saya meremang. Auranya guru itu.
Tak sedar 5hari berlalu, hari last dari pagi sy rasa sebak. Masih belum cukup ilmu 5hari ni. Rasa syukur berbaur dengan sebak. Rasa cepatlah masa berlalu,..sy mohon ada lg kesempatan berada dalam IMKK pada Jun nnt. Kami peserta MMM dapat 3 tiket free ke IMKK. Pemberian doc untuk dihadiahkan pada org tersayang.
Awesome.
Sy taktau nk cakap apa. Saya hanya mampu berdoa org yg sy sayang jika dia terbaca post ini.. moga dia faham kenapa sy nak dia ada dengan saya di IMKK nnt. Moga titik permulaan penghijharan hidup biasa biasa kami lebih indah. Audience, doakan saya dan #suami dipilih oleh Allah untuk ke IMKK bulan depan. Sy hanya mampu berdoa. Selebihnya sy serahkan pada Allah
MMM the best! MMM pengalaman yg indah.
apa sangatlah yg saya bayar dengan ilmu yg doc berikan. Tq doc. Tq soo much..u are awesome.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam. Sesiapa berminat nak sertai IMKK Jun 2014, boleh whatsapp no 01122117464. Ada 1 tiket lebih. Jom sama2 ubah hidup ke arah yg lebih baik. :)
ReplyDelete