Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum korang. Akhirnya siap jugak perkongsian sedikit ilmu yg sy dapat baru baru ni.. agak
lewat..lepas seminggu lebih baru sempat nk share..untuk kawan kawan sy yg
berbusiness tak kira lah business apa..moga perkongsian ini memberi manfaat utk
korang. Untuk anak-anak yg baru nak bermula,.. bersihkan hati lepas baca apa yg
momy kongsikan. Aishehh..bermomy plak I. Hihiii..
Bz teramat sy baru baru ni. Memenuhi tuntutan mengutamakan yg mana lebih utama..hari
ni baru sempat nk kongsi. Allah bagi sy dada
yg lapang malam ni untuk utk berkongsi ilmu mereka yang berjaya. Sy kutip lalu
saya kongsikan. Jika bermanfaat, saya halalkan korang amik dan apply. Semoga kita
sama sama kaya dan berjaya!..insha Allah ;)
‘group coaching’ 20140412 by Master MariaFirdaus. Jika kedua
master ini terbaca blog ni, mohon halal segala ilmu yg sempat sy kutip hari tu.
Pengalaman serta ilmu yg sungguh ohsem. Terima kasih sekali lagi master!
Ok.. lets share. Tentang HATI, AKAL dan JASAD yg harus
selari..sebelum tu sy nk kongsi dulu mastery formula towards millionaire
success which is B/E/R/A/N/I.
B: Berguru
E: Elmu (Ilmu tentang Emosi)
R: Rohani .. Hubungan
dengan Allah,Letakkan Allah sentiasa dihadapan dalam apa hal sekalipun kerana
Allah yang bukakan seluas luasnya pintu rezeki.
A: Action (Tindakan)
N: Niat yang betul.. Jangan berniaga sebab nak kaya, tapi
berniagalah sebab nak tolong orang. Insha Allah ,..kita terpaksa jadi kaya.
I: Impian yg jelas.
Bercerita tentang R (rohani)... part ni paling terkesan
lepas sy joint group coaching tempohari.. Jujurnya.. sy bukan org yg baik. .sy
manusia yg penuh dengan kelemahan. Penuh dengan khilaf,..Rohani yg tak terurus.
Di sini silap saya rupanya. Sy tak endah pasal master checklist yg master2
tekankan. Sy main redah je buat business. Konon pandai sendiri. Akibatnya..
rempuh lah sy satu dinding ke satu dinding. Failed.
Takpe..belajar dari kesilapan. Tapi bayangkan la kalau saya
buat semua ni dari awal. Belajar dengan mentor yg betul. Belajar ilmu tentang
emosi.. menjaga rohani. Niat yang betul..sy tak pernah terfikir buat business sebab
nak kaya,.. moga Allah sentiasa pelihara niat sy untuk bantu orang dan jauhkan
saya dari sifat tamak.Alhamdulillah saya berada dalam group yg sangat betul.. bayangkan
jugak kalau dari dulu sy dengan Tindakan yg betul serta selari dengan hati dan
akal dan Impian yg jelas. Di mana kah saya sekarang kalau sy sedar akan semua
ni dari awal.
Kenapa ramai orang
GAGAL dan terus GAGAL
Masalah ramai orang hari ini fikir nk buat business susah. Nk
buat ni susah..nak buat tu susah. Hati ni berkeladak dengan rasa susah. See..
bila kita berwirid ‘susah’ dengan Allah..maka susah lah jadinya.. ..kenapa
fokus pada masalah. Kenapa tak focus pada penyelesaian.
Kita sebenarnya takut..sedang kita tahu, perjanjian Allah
itu benar. 9 dari 10 pintu rezeki datangnya dari perniagaan. Tapi kita sangat
takut. Bila takut, bermakna kita tidak yakin dengan Allah.
Sebab ramai orang GAGAL dan terus GAGAL bila ketiga benda yg
sy sebut di atas tadi tu tak selari.
Emosi bergantung apa yg kita nak, dan yang kita nak tu of
coz la besar giler
Akal plak berdasarkan pengalaman dan ilmu yg kita belajar.
Tiba tiba tindakan kita hanyalah ‘ biasa-biasa’. Sedangkan Emosi
sangat gah. Di sini yg tak kenanya. EMOSI, AKAL dan TINDAKAN tak selari. Bila
EMOSI terganggu, akal akan bertindak mengikut EMOSI. Automatically TINDAKAN pun
out.
Jadi.. bila EMOSI dalam
berimpian tu besar. AKAL akan buat ikut EMOSI. Seiringkan dengan TINDAKAN yg
luar biasa untuk realisasikan IMPIAN yg besar tu.
MACAM MANA NAK ATASI
MASALAH ?
Di sini lah fungsinya R (Rohani)
-Jaga hubungan dengan Allah
-Jaga hubungan dengan ibubapa
-Jaga hubungan dengan suami/isteri
-Selawat
-Sedekah
-Cari kawan2 yang positive
-Jadi yg terbaik diantara yg terbaik.
Jaga hubungan dengan
Allah
Kata mereka yang
berilmu kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
-berDHUHAlah
-berSEDEKAHlah
-SUNAT TAUBAT tiap tiap hari.
-TAHAJJUD
-ZIKIR DAN SELAWAT
-SUJUD SYUKUR
-Wirid la dengan Allah..minta pada DIA, dan kalau perlu
menangis, menangis lah.
MATLAMAT DALAM
KEHIDUPAN
Apa yg kita nak sebenarnya dalam hidup ni?.. cuba paksa diri listkan 101 matlamat yg kita
nak capai dalam hidup ni.
Bila kita start fikir, emosi akan mula terasa macam mana nak
buat dan seiringkan dengan tindakan yang selari mengikut emosi dan akal. Masa nak
tulis tu tulis dengan perasaan macam apa yg kita nak tu kita dah dapat. Kira konfiden
tahap dewa la ni. Hehehhh...
Dalam 101 impian tu, cuba listkan pulak 6 matlamat utama yg
paling paling nk capai.
Contoh :
-Dalam masa satu tahun lagi- siapa kita, dimana kita?
-Income berapa dalam masa 1tahun dari sekarang?
-Kerohanian. Apa yg kita nak ubah rohani kita ni. Contoh nk
solat cukup 5waktu..diawal waktu.Nk dhuha dengan sangat konsisten. Nak baca
Al-Quran tiap2 hari walaupun sepotong ayat. CONTOH LAH
-Nak baiki hubungan. Dengan suami contohnya. Dengan mak
ayah,..dengan family mertua kalau ada yg sikit2 tak kena, ce tulis.
-kereta impian. Nak kereta apa dalam masa satu tahun lagi ni
bila income yg no2 tadi dah ada dalam tangan..adess..:) crv crv crv..wuwuuuu
- nak sumbang berapa sebulan. Nk sedekah berapa sebulan..
tulis dengan jelas semua ni. Dan berwiridlah dengan Allah Taala.. disamping
usaha serta tindakan yg betul.
Ok.
Sy suka nak berkongsi tentang ini. Berkongsi tentang jiwa yg
tenang. Jangan percaya apa saya kata tapi buat jaa. Sebelum solat, tarik nafas
dalam2..dalam kiraan 4 saat. Tahan. 2saat. Dan lepaskan dalam kiraan 8. Solatlah
dengan hati yg tenang..inshaAllah. sy sangat suka berkongsi ilmu yg baru ini. Alhamdulillah..lepas
amalkan, solat rasa sangat tenang. Terima kasih master tentang ilmu ini.
WHEN YOUR DREAM IS
BIG ENOUGH, THE PROBLEM IS NOTHING
Bagaimana otak berfungsi. Bahasa bagi otak adalah gambar. Jadi,
visualkan lah semua impian2 korang. Nk kereta apa..nk bercuti di mana.. US
kah..Italy kah?.. BALI kah?.. visualkan.
Jangan focus pada masalah. Jangan fokus pada kesedihan. Switch.
Kita tukar.
Kalau berfikir, berfikirlah yg luar biasa.
BerEMOSI lah dengan luar biasa
BerTINDAK lah dengan TINDAKAN yg luar biasa
Dan.. result pasti luar biasa. Kalau tak luar biasa jugak..ce
check apa lagi yg korang tak buat. Ada tak mak ke, ayah ke..husband ke yg
terasa hati dengan korang. Balik, betulkan.
Emm..
Ada lagi 7helai nota saya nk kongsi dengan
korang2..tapi masa tak mengizinkan. InshaAllah..esok/lusa
saya sambung.
Keep chill~ assalamualaikum. nunitee ^_^
No comments:
Post a Comment