Pages

Tuesday, 23 April 2019

Minyak urut moden MMG menambah nilai service body massage Dahlia de'Beauty


Assalamualaikum pengunjung blog!


Hai.
Entri kali ini, saya nak share FRESH testimoni MMG. Lari sikit dari post post sebelum ni yang mana biasanya saya akan share tentang Shaklee dan cerita Dahlia de'Beauty mobile Spa.




MMG massage oil- Relief your pain naturally.



Sebenarnya macam ni, saya tak jual pun minyak urut MMG ni. Saya run Mobile spa & Shaklee. Main fokus saya adalah Spa. Sebab saya dah jatuh hati dengan service mencantikkan orang. Rasa nak lompat bintang bila dapat feedback puteri puteri saya yang puas hati dengan hasil tangan sendiri.

Mobile Spa saya ni selain facial, body scrub, hand foot spa, pakej pengantin, sauna,.. saya ada juga service body massage lepas saya upgrade kepada training confinement (service orang lepas bersalin).Dah alang alang belajar, biar sampai habis kata orang. So saya pun upgrade training dengan MariaFirdausMobileSpaacademy. Buat sementara ni saya belum tergerak hati untuk ambil service confinement walaupun saya dah belajar. Saya fokus pada service mencantikkan, merilekskan orang.

Ok, Selepas saya upgrade training, tiba tiba ada orang tanya saya boleh mengurut tak. Besar harapan beliau cari orang mengurut di sekitar Kulim untuk urut maknya.. Since saya dah pun belajar, saya fikir fikir, ok saya terima. Saya start ambil service mengurut.

Lepas tu makin banyak orang tanya service mengurut saya ni. Memandangkan makin kurang orang yang boleh buat service mengurut pada zaman sekarang ni, jadinya, saya take as opportunity, challenge and maybe ini juga adalah rezeki saya., maka saya pun masukkan dalam list  service Mobile Spa saya.

Tapi,
(ada tapinya ok).. :D haha..
Saya hanya mampu urut maximum 2orang dalam sekali service. dan saya letakkan limit untuk korang yang berat 80kg ke bawah saja tau. Saya kena consider pada keadaan jantung saya ni. Makin hari performance makin drop. Walaupun saya masih ok, saya kena consider demi mak dan anak saya. Doakan jihad saya ini dipermudahkan ya..Sambil saya bantu orang, kesihatan saya masih terjaga. InshaAllah..

Ok, sambung cerita, pada suatu hari.. (dah mcm cerita *Pada Zaman Dahulu* plak).. haha..
Ada sorang adik ni datang nak mengurut. Katanya sakit belakang. Sakit belakang adik ni level tak boleh nak angkat tangan ke belakang tau. Saya cuba lah massage. dengan lafaz Bismillah, 3qul dan selawat. . saya mulakan mengurut dengan harapan asbab saya mengurut ni, adik ni lega lah sikit.

Ok,
habis saya massage whole body untuk sejam lah lebih kurang..saya sapu minyak MMG. yang masa ni tinggal secoet saja.. Saya purposely beli kat mak minyak MMG ni. Add value kat adik ni. takpe, walaupun tak termasuk dalam pakej massage. saya hadiahkan kat dia.. Dia rasa lega tau. Esok tu saya follow up, adakah dia sakit sakit badan lepas saya urut.

Feedback dia: tangan dah boleh menggeliat ke belakang. Allahuakbar,..syukur..
 
FEEDBACK body massage service by Dahlia de'Beauty


So lepas tu, saya order lebih. Purposely untuk sapu kat mereka mereka yang datang untuk service body massage saya nanti.

Lepas tu nak dijadikan cerita, saya share. Ramai orang tanya. dan saya keep on sharing. Ini salah satu feedback. FRESH TESTIMONI MMG semalam saya dapat dari kawan sendiri.Order botol kedua untuk mertua.

Syukur Alhamdulillah...



Saya terjual tanpa sengaja minyak MMG.

Ok,
You all yang nak dapatkan minyak MMG ni, boleh cari saya juga.

Harga :
120g RM45
50g RM29.90

Saya order banyak stock. InshaAllah akan sampai sebelum saya ke KL pada hujung minggu ni untuk Shaklee National Convention. Pertama kali dalam 35tahun, saya buat keputusan untuk keluar dari ZON SELESA yang selama ni SELESA lah sangat.

Korang,
Sedap tau minyak MMG ni. selain lega untuk lenguh lenguh, sakit belakang, senggugut, resdung, sakit kepala, sakit gigi pun boleh sapu. Tekstur ringan, tak melekit, cepat serap, dan wangi lavendar. Best sangat sapu masa nak tidur, selesa lena berangin. serius:)

Bulan puasa nak dekat dah ni. apakata grab satu kat diri sendiri, belikan untuk mak ayah sekali, selesa mereka nak terawih nanti.

Boleh hubungi saya ya.
www.wasap.my/0195914240/nakMMG

Kelebihan MMG klik sini

Terima kasih sudi baca sampai habis. Assalamualaikum.



1 comment:

  1. MMG memang best sebab macam pakai losyen. Tak melekit, tak berminyak. Pastu mudah meresap. Tak payah dah nak basuh tangan bila guna MMG ni. Cium je tangan sedut bau wangi lavender. Pantas melegakan.

    ReplyDelete