Pages

Wednesday, 24 April 2019

Surat Untuk Tuhan



Hari ni 24-04-2019. Hari kelahiran saya yang ke 35tahun. Allahuakbar..
Alhamdulillah, atas izin dan rahmat kasih sayang Allah, sudah 35 tahun saya menumpang dibumi Allah ini. Syukur.

Entri kali ni saya tajukkan 'Surat Untuk Tuhan'

Tiberr,  bergenang air mata dengan tajuk entri ni. 
Lepas habis entri, saya fikir fikir tajuk apakah sesuai. My friend who always with me, cikrean, saya minta pendapat adakah mengguris hati siapa siapa andai saya post di blog. Katanya tidak, melainkan hatinya keras.

Yupp.... bukan tempat doa di media sosial. Tapi andaikata korang terbaca 'surat' ini, saat saya sudah pun tiada, moga moga 'surat' ini menghantar manfaat pada saya semasa di Sana nanti. InshaAllah.



Ya Allah,
Ampunilah segala dosa yang pernah kami lakukan, samada sengaja atau tidak sengaja. Sedar atau tidak sedar, kecil atau besar, Kau ampunilah kami ya Allah.Terimalah amal ibadat kami yang tak seberapa. Andai suatu masa nanti, tiba saat ajal menjemput, pilih lah kami pergi dalam keadaan yang mulia. Rezekikan kami dengan Husnul Khatimah. Kematian yang baik. Kematian yang meninggalkan manfaat pada mereka yang ditinggalkan.  Ampuni jua dosa kedua ibubapa kami ya Allah. Sayangi dan kasihi lah mereka sepertimana mereka sayang kami ketika kami kecil.


Ya Allah,
Cucurilah rahmat dan kasih sayangMu pada arwah ayah, arwah abah, tok, tokwan, serta saudara saudara seIslam kami yang telah pergi menghadapMu.Pasti ada ya Allah walau satu kebaikan mereka sewaktu mereka menumpang bumiMu. Maka Kau gantilah kebaikkan itu dengan mengampunkan dosa dosa mereka. Selamatkan mereka dari siksaan kubur. Luas dan lapangkanlah kubur mereka ya Allah.. Bantu lah perjalanan mereka dan jua kami yang masih hidup ini menuju ke hari AkhiratMu. Jangan Kau biarkan kami sendiri. Pandulah kami dalam setiap keputusan yang kami lakukan. Jangan Kau biarkan kami lalai ya Allah.Kerana Syaitan tak pernah bodoh, tak pernah lalai dari cuba menyesatkan kami anak cucu Adam.


Ya Allah.
Kami bersyukur atas nikmat KurniaMu. Bangun kami pada pagi ini, masih diberi pinjam nikmat nafas. Masih mampu melihat, mendengar, bercakap, berjalan. Kaki kami, tangan kami, mulut kami, mata kami, telinga kami, masih berfungsi dengan baik. Andai Kau tarik salah  satu dari nikmat ini ya Allah.. bagaimanakah daya kami meneruskan hidup ini.


Syukur, ada anak yang sihat depan mata. Melihat dia membesar depan mata. Ada rumah yang selesa untuk berteduh. Masih ada mak untuk berbakti. Untuk cari redhaMu dengan redha darinya yaAllah .. Beri kami kekuatan untuk berbakti pada insan insan ini. Walau adakalanya hati terguris, sangat terguris. Namun, hanya padaMu jualah kami mengadu.


Ya Allah,
Ampunilah dosa andai terlintas sakit dalam hati kami melayan kerenah orang tua kami. Kerana SyurgaMu terlalu mahal untuk pendosa seperti kami. Aku mengaku ya Allah, dalam jihad mencari redhaMu. Mencari rahmah dalam rumah sendiri demi menjemput rezekiMu, adakalanya aku tergelincir. Hati tergelincir ya Allah.


Tingkah laku tergelincir.Bicara adakalanya mengguris hati.


Kesempatan ini ya Allah.Ampuni kami.. ibu bapa kami. saudara saudara kami yang mana terpisah kerana salah faham, irihati.. sakit hati, satukanlah semula kami adik beradik ya Allah..kerana darah yang mengalir dalam tubuh kami ini adalah darah yang sama.


Buat masa depan yang belum datang.

Kami submit doa hari ini ya Allah. Kau ilhamkan lah kerjaya apa yang sesuai untukku, anakku, ibuku, pada masa ni dan pada masa akan datang.Dengan rezeki yang banyak lagi berkat. agar kami mampu bersedekah dengan lebih banyak, agar kami mampu bantu memberi manfaat pada lebih ramai orang sekeliling kami. Ya Allah, andaikata rezeki kami lebih banyak dan berkat dengan kerja makan gaji, maka beri kami ya Allah. pekerjaan yang mana kami ikhlas bekerja. yang saling menghormati antara satu dengan yang lain. Yang seronok suasana bekerja kami, boss yang baik, rakan sekerja yang baik. yang saling bersilaturrahim keranaMu.


Tapi andaikata ya Allah, rezeki kami lebih banyak dan lebih berkat melalui perniagaan, sesuai dengan hadis 9/10 pintu rezeki adalah dari perniagaan. Mudahkan kami ya Allah.Temukan kami dengan customer yang baik baik. yang saling berjual beli keranaMu.Datangkan kepada kami customer yang ramai. downline yang masing masing ingin mencipta kerjaya sendiri.InshaAllah..


Ya Allah.
Sudah sampai masa untuk kami tamak dalam setiap doa kami.Kerana Engkau Maha Kaya ya Allah. Engkau memilih siapa yang Kau kehendaki. Pilihlah kami ya Allah, menjadi orang yang kaya, berjaya, dunia Akhirat dengan sifat yang rendah hati. Jangan Kau biarkan kami yang asal dari tanah ini bersifat langit. Nauzubillahiminzalik..


Ya Allah. Soal jodoh.
Aku akur ya Allah pada perkahwinan kami yang gagal. Aku tidak menghukum lelaki. Andai ada lagi jodoh selepas ini, aku terima. Andai tiada, hatiku tenang membesarkan Dahlia sendiri. Selagi ada Mu ya Allah. Aku tidak gentar.

Positifnya, jodoh dengan bekas suami setakat itu sahaja. Ada orang yang lebih sesuai untuk masing masing kami. terima siapa kami seadanya.


Aku mula tamak dalam setiap doa padaMu ya Allah.
Semoga jodoh yang akan datang ini, jodoh yang menerima seadanya aku. Aku ada Dahlia, ada mak yang mana aku akan jaga sehingga nafasku yang terakhir.
 Biar orang itu, orang yang menerima seadanya aku. Aku minta kali ni ya Allah.. jodoh ini jodoh yang aku tak perlu lagi untuk fikir banyak. yang kaya hartanya dunia akhirat. Yang saling bertemu dan berpisah keranaMu. Biar Kami sama sama membimbing satu sama lain ke SyurgaMu dengan anak anak kami nanti. InshaAllah..


Ya Allah.
Untuk Dahlia. Dia tidak hadir dengan kebencian. Dia hadir dengan kasih sayang. Apa yang berlaku antara kami adalah ketentuanMu. Aku tetap ibu Dahlia. Dan bekas suami tetap bapa kepada Dahlia. Tak pernah sekalipun pun aku ajar dia untuk membenci.
Aku minta padaMu ya Allah..andai ada lagi jodohku  selepas ini, Biarlah dia seorang yang bertanggungjawab. Yang akan sayang Dahlia macam anaknya sendiri. Yang sayang mak, macam sayang maknya sendiri.
Tiba tiba teringat arwah ayah, walaupun aku hanya anak tiri ayah, dia jaga macam anak kandung sendiri. Sampai noktah terakhir hidup ayah. Innalillahi wainna ilaihirajiun. Ayah.. alfatihah..

Ya Allah,..jangan Kau uji Dahlia sepertimana Kau uji aku. Dia tak berhak tahu susah apa yang aku lalui. cukupkan dia ya Allah.. cukupkan jua ibuku. Hidupkan kami dalam Rahmahmu. aamiin...

Kadangkala impian tak seindah kenyataan,..
Dan tak semua kenyataan itu membahagiakan.
Berani mimpi
Berani mengharap!









1 comment: