Hari ni 24-04-2019. Hari kelahiran saya yang ke 35tahun.
Allahuakbar..
Alhamdulillah, atas izin dan rahmat kasih sayang Allah,
sudah 35 tahun saya menumpang dibumi Allah ini. Syukur.
Entri kali ni saya tajukkan 'Surat Untuk Tuhan'
Tiberr, bergenang air mata dengan tajuk entri ni.
Lepas habis entri, saya fikir fikir tajuk apakah sesuai. My friend who always with me, cikrean, saya minta pendapat adakah mengguris hati siapa siapa andai saya post di blog. Katanya tidak, melainkan hatinya keras.
Yupp.... bukan tempat doa di
media sosial. Tapi andaikata korang terbaca 'surat' ini, saat saya sudah pun tiada, moga moga 'surat' ini menghantar manfaat pada saya semasa di Sana
nanti. InshaAllah.
Ya Allah,
Ampunilah segala dosa
yang pernah kami lakukan, samada sengaja atau tidak sengaja. Sedar atau tidak
sedar, kecil atau besar, Kau ampunilah kami ya Allah.Terimalah amal ibadat kami
yang tak seberapa. Andai suatu masa nanti, tiba saat ajal menjemput, pilih lah
kami pergi dalam keadaan yang mulia. Rezekikan kami dengan Husnul Khatimah.
Kematian yang baik. Kematian yang meninggalkan manfaat pada mereka yang
ditinggalkan. Ampuni jua dosa kedua
ibubapa kami ya Allah. Sayangi dan kasihi lah mereka sepertimana mereka sayang
kami ketika kami kecil.
Ya Allah,
Cucurilah rahmat dan
kasih sayangMu pada arwah ayah, arwah abah, tok, tokwan, serta saudara saudara
seIslam kami yang telah pergi menghadapMu.Pasti ada ya Allah walau satu
kebaikan mereka sewaktu mereka menumpang bumiMu. Maka Kau gantilah kebaikkan
itu dengan mengampunkan dosa dosa mereka. Selamatkan mereka dari siksaan kubur.
Luas dan lapangkanlah kubur mereka ya Allah.. Bantu lah perjalanan mereka dan
jua kami yang masih hidup ini menuju ke hari AkhiratMu. Jangan Kau biarkan kami
sendiri. Pandulah kami dalam setiap keputusan yang kami lakukan. Jangan Kau
biarkan kami lalai ya Allah.Kerana Syaitan tak pernah bodoh, tak pernah lalai
dari cuba menyesatkan kami anak cucu Adam.
Ya Allah.
Kami bersyukur atas
nikmat KurniaMu. Bangun kami pada pagi ini, masih diberi pinjam nikmat nafas.
Masih mampu melihat, mendengar, bercakap, berjalan. Kaki kami, tangan kami,
mulut kami, mata kami, telinga kami, masih berfungsi dengan baik. Andai Kau
tarik salah satu dari nikmat ini ya
Allah.. bagaimanakah daya kami meneruskan hidup ini.
Syukur, ada anak yang
sihat depan mata. Melihat dia membesar depan mata. Ada rumah yang selesa untuk
berteduh. Masih ada mak untuk berbakti. Untuk cari redhaMu dengan redha darinya
yaAllah .. Beri kami kekuatan untuk berbakti pada insan insan ini. Walau
adakalanya hati terguris, sangat terguris. Namun, hanya padaMu jualah kami
mengadu.
Ya Allah,
Ampunilah dosa andai
terlintas sakit dalam hati kami melayan kerenah orang tua kami. Kerana SyurgaMu
terlalu mahal untuk pendosa seperti kami. Aku mengaku ya Allah, dalam jihad
mencari redhaMu. Mencari rahmah dalam rumah sendiri demi menjemput rezekiMu, adakalanya
aku tergelincir. Hati tergelincir ya Allah.
Tingkah laku
tergelincir.Bicara adakalanya mengguris hati.
Kesempatan ini ya
Allah.Ampuni kami.. ibu bapa kami. saudara saudara kami yang mana terpisah
kerana salah faham, irihati.. sakit hati, satukanlah semula kami adik beradik ya
Allah..kerana darah yang mengalir dalam tubuh kami ini adalah darah yang sama.
Buat masa depan yang
belum datang.
Kami submit doa hari
ini ya Allah. Kau ilhamkan lah kerjaya apa yang sesuai untukku, anakku, ibuku,
pada masa ni dan pada masa akan datang.Dengan rezeki yang banyak lagi berkat.
agar kami mampu bersedekah dengan lebih banyak, agar kami mampu bantu memberi
manfaat pada lebih ramai orang sekeliling kami. Ya Allah, andaikata rezeki kami
lebih banyak dan berkat dengan kerja makan gaji, maka beri kami ya Allah.
pekerjaan yang mana kami ikhlas bekerja. yang saling menghormati antara satu
dengan yang lain. Yang seronok suasana bekerja kami, boss yang baik, rakan
sekerja yang baik. yang saling bersilaturrahim keranaMu.
Tapi andaikata ya
Allah, rezeki kami lebih banyak dan lebih berkat melalui perniagaan, sesuai
dengan hadis 9/10 pintu rezeki adalah dari perniagaan. Mudahkan kami ya Allah.Temukan
kami dengan customer yang baik baik. yang saling berjual beli
keranaMu.Datangkan kepada kami customer yang ramai. downline yang masing masing
ingin mencipta kerjaya sendiri.InshaAllah..
Ya Allah.
Sudah sampai masa
untuk kami tamak dalam setiap doa
kami.Kerana Engkau Maha Kaya ya Allah. Engkau memilih siapa yang Kau kehendaki.
Pilihlah kami ya Allah, menjadi orang yang kaya, berjaya, dunia Akhirat dengan
sifat yang rendah hati. Jangan Kau biarkan kami yang asal dari tanah ini bersifat
langit. Nauzubillahiminzalik..
Ya Allah. Soal jodoh.
Aku akur ya Allah pada
perkahwinan kami yang gagal. Aku tidak menghukum lelaki. Andai ada lagi jodoh
selepas ini, aku terima. Andai tiada, hatiku tenang membesarkan Dahlia sendiri.
Selagi ada Mu ya Allah. Aku tidak gentar.
Positifnya, jodoh dengan
bekas suami setakat itu sahaja. Ada orang yang lebih sesuai untuk masing masing kami. terima siapa kami
seadanya.
Aku mula tamak dalam
setiap doa padaMu ya Allah.
Semoga jodoh yang akan
datang ini, jodoh yang menerima seadanya aku. Aku ada Dahlia, ada mak yang mana
aku akan jaga sehingga nafasku yang terakhir.
Biar orang itu, orang yang menerima seadanya
aku. Aku minta kali ni ya Allah.. jodoh ini jodoh yang aku tak perlu lagi untuk
fikir banyak. yang kaya hartanya dunia akhirat. Yang saling bertemu dan
berpisah keranaMu. Biar Kami sama sama membimbing satu sama lain ke SyurgaMu
dengan anak anak kami nanti. InshaAllah..
Ya Allah.
Untuk Dahlia. Dia
tidak hadir dengan kebencian. Dia hadir dengan kasih sayang. Apa yang berlaku
antara kami adalah ketentuanMu. Aku tetap ibu Dahlia. Dan bekas suami tetap
bapa kepada Dahlia. Tak pernah sekalipun pun aku ajar dia untuk membenci.
Aku minta padaMu ya
Allah..andai ada lagi jodohku selepas
ini, Biarlah dia seorang yang bertanggungjawab. Yang akan sayang Dahlia macam
anaknya sendiri. Yang sayang mak, macam sayang maknya sendiri.
Tiba tiba teringat
arwah ayah, walaupun aku hanya anak tiri ayah, dia jaga macam anak kandung sendiri.
Sampai noktah terakhir hidup ayah. Innalillahi wainna ilaihirajiun. Ayah..
alfatihah..
Ya Allah,..jangan Kau
uji Dahlia sepertimana Kau uji aku. Dia tak berhak tahu susah apa yang aku
lalui. cukupkan dia ya Allah.. cukupkan jua ibuku. Hidupkan kami dalam
Rahmahmu. aamiin...
Kadangkala impian tak seindah kenyataan,.. Dan tak semua kenyataan itu membahagiakan. Berani mimpi Berani mengharap! |