IMKK May 2015- Part 1
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dengan izin-Nya
ilham mencurah curah untuk berkongsi dalam entri kali ni. Saya doakan pembaca
blog adekmahani.blogspot.com dalam keadaan sihat serta bahagia dengan tugasan
masing masing,..family masing masing InshaAllah. Anda yang sedang membaca ini
luar biasa hebat! :)
Jihad kami menuntut ilmu baru baru ni, perjalanan
dipermudahkan Allah SWT. Alhamdulillah.. Kami sampai sekitar jam 2-3am semalam
dari KL, 4hari berkampung dengan Dr Azizan Osman (DAO) pada 21-24th May baru
baru ni bersama mentor hebat dalam IMKK dan kali ni Alhamdulillah Allah izinkan
sy duduk betul betul depan DAO. Ticket super supreme feelingnya
Subhanallah..energy super duper hebat.
Masa dalam IMKK, meremangnya bulu roma sampai saat menulis
ni pun rasa debarnya ya Allah. ‘Setiap tindakan pasangannya adalah cabaran’..
setiap keinginan, kemahuan pasangannya adalah cabaran. sy nak share kisah ni,
semoga memberi inspirasi pada orang lain. Andaikata doa mereka belum Allah
kabulkan, maka bersabarlah. Allah tahu bila waktu yang sesuai untuk kita dapat apa
yang kita nak.
Sy sebenarnya tahun lepas dah joint MMM+IMKK. Tapi masa IMKK
sy di seat general. Bukan salah siapa siapa.. tapi auranya tak sama. Bocor aura..
tak terfocus sy bila kiri kanan berbual hal masing masing. Allah.. Sejak tu
saya tekad, sy akan datang lagi IMKK, tapi saya nak duduk seat super supreme,
seat paling depan.
12th April lepas,.. sy hadir seminar HLB. Rindu sangat dengan DAO ni sebenarnya. Cerita lanjut disini: http://www.adekmahani.blogspot.com/2015/04/airmata-tumpah-jua.html.
Lepas habis seminar HLB, sy rasa sy perlu pergi IMKK untuk cuci kolam jiwa yg
sangat kotor berkeladak hitam dengan negative. Sy tak tenang. Hati tak tenteram
walaupun zahirnya sy ok. Tapi tu lah.. we can pretend our smile but not
happines. Tak tahu hijab yang manakah menutupi pintu rezeki, jadi sy pejam mata, mendaftar IMKK ticket
super supreme RM3997.
Jujur cakap, dalam poket cuma ada sekeping RM50 dengan duit
singgit yg sy ingat dalam 16 ke 17hinggit mcm tu. masa nak daftar, pendaftaran RM200. Sy kebelakang
sket pk mcm mana sy nak daftar duit takda. Yang ada cuma NIAT, saya taktau mcm mana Allah akan atur, mcm mana akan
berlaku, yang saya tahu saya NAK pergi IMKK kali ni.
Allah gerakkan hati sahabat sy nurin tolong sy bayarkan
deposit RM200. Alhamdulillah, tq nurin kalau awak terbaca blog ni,..tq so much.
Awak kawan paling baik pernah saya jumpa. Sy mendaftar, lepas tu amik moment
sekali dengan form yang di cop dengan SUPER SUPREME ni. Rasa excited walhal sy
tak tahu pun macam mana sy nak bayar lagi RM3797 untuk berada depan depan doc
dalam IMKK nanti.
Sy submit, berbicara dengan Allah hampir setiap kali selepas
solat.’ Ya Allah, aku tak tahu bagaimana aku nak bayar IMKK kali ni tapi Engkau
Tuhan yang Maha Besar. Andaikata IMKK Super Supreme kali ni bakal memberi
perubahan besar dalam hidupku maka Kau lorongilah aku seluas luasnya. Berilah aku
jalan seluas luasnya ya Allah.’ Saat yang sama, sy membayangkan sy berada betul
betul di depan dr azizan osman. Betul betul depan.
Sy buat macam macam untuk bayar yuran IMKK. In between, kami
gamble car boot sale jual kuih siput mak sambil trading beberapa jenis kuih
tradisional yang lain. Masa ni lah tercetusnya ’Tradisi Baling...’koi lama koi
sedap ni sekitar 2 minggu
sebelum IMKK start. Saya viralkan. Alhamdulillah, sambutan baik. Terbang jauh
jugak siput mak ke Pahang, Putrajaya, Ipoh, KL, Rawang, Negeri Sembilan. Saya buat
ini semua untuk bayar IMKK.sebenarnya mak dah lama buat kuih siput tapi sy tak
nampak yang ini rezeki sebenarnya.
Tak cukup lagi nak bayar IMKK. Masa tinggal berapa hari ja
lagi. Saya nampak barang kemas sy dileher dan rantai tangan. Incase kalau tak sempat,
saya akan gadai semua ni.
Sedang sy berjuang habis habisan, Allah hadirkan lagi sy
ujian lain untuk menguji sabarkah saya ini. Seminggu sebelum IMKK, rumah saya
bumbung bocor. Sy terjaga tidur kul 4am. Hujan. Sy bangun untuk sembahkan diri
pada Allah yang maha memberi. Air hujan tembus ikut siling dapur. Sedihnya ya
Allah saya masa ni. Amik besen tadah air,.. air meleleh masuk arah dinding. Amik
kain lap. Amik mop lap. Saya buka bilik air belakang air laju keluar. Ya Allah..
Sy dah tak ada duit langsung masa ni. Yang ada dalam acc duit amanah arwah
tukwan dan duit mak sikit.
Lama sy berteleku atas sejadah.. ‘kenapa aku ya Allah’..
Setahun aku berahsia denganMu. Sebab takut mak susah hati,
sy diamkan diri. Mak tak boleh tau tentang apa yg saya tanggung. Mak tak boleh
tau sikitpun kesusahan sy..sedih hati ini jangan biar mak tahu ya Allah. Pernah,
satu hari sy cuma ada RM3 dalam poket. Mak tanya adek ada duit?..’ada
mak..banyak’. jangan isau’. Selagi mampu, selagi tu sy takkan buat mak susah
hati. InshaAllah..
Cukup hanya Allah
tahu apa yg sy tanggung. Hasbunallah waniqmal waqil..sesungguhnya Allah itu
sebaik baik penolong. Ya Allah, kami ini milikMu ya Allah. Kau memilih siapa yg
Kau kehendaki untuk diuji. Dalam samar itu, sy terlelap atas sejadah. Sampai tersedar
azan subuh. Saya bangun solat. Esok paginya baik lepas subuh mak call.. mak
tanya adek buat apa..beratnya mulut ni ya Allah. Nak cakap tak cakap serba
salah.
’ ngah tengok rumah mak’
‘rumah pasai pa?’
‘hujan lebat semalam..bocor’
‘Panggil tukang mai tengok satg..panggil uncle tu mai.’
Saya diam. Lama sy diam. Mcm mana nak panggil tukang sy
takda duit :/
Sebab sy diam mak terus sambung,..‘takpa mak tolong, panggil
uncle tu mai tengok, Bahaya!’
ya Allah..sedih
dengar suara mak. Sedih bercampur syukur. Saat sy betul2 perlukan bantuan,
Allah hadirkan mak untuk tolong. Tapi sy tak sampai hati nak amik duit mak..
mak suruh jugak sy panggil uncle.
Petangnya uncle mai. Chinese..baik sangat uncle ni. Allah
temukan lagi sy dengan org baik walaupun dia lain bangsa dan agama. Dia bagi sy
harga murah sangat. Sy gadai emas,..tapi tak cukup. Semua alang rumah kena
tukar besi..long story short, total kena RM >5000. Peruntukan sy abis untuk
IMKK. Ya ALLAH.. Saat ini aku diuji. sy kesiankan nurin kalau sy tak dapat
pegi. Kami dah janji nak g sama sama. Rasa bersalah sangat ya Allah. Bersalah dengan
mak, bersalah dengan nurin kalau tak dapat pergi. Sy takmau bebankan nurin L
Doa dan terus berdoa. Bantu sy ya Allah.. saya buntu. Sy taktau
nak buat apa.
Tiba tiba Jumaat sebelum IMKK, team richwork call. Tanya sy
pasal IMKK. Saya bgtau keadaan sy waktu tu. Saya mmg nak sangat pegi tapi sy
dah takda peruntukan untuk bayar tiket tu. Team richwork, Muhammad Muzakkir kalau dia
terbaca entri ini, terima kasih kerana call bagi sy harapan dan doakan sy. Katanya
Allah nak bagi puan rezeki lebih lagi lepas ni InshaAllah. Sy ditawarkan tiket
VIP dengan harga RM497. Saya Cuma kena tambah lagi RM297 untuk berada dalam
IMKK. Airmata sy jatuh. Sy tunduk sujud dhuha 8rakaat..sujud syukur ya
Allah..menangis sy masa ni. Betullah Allah akan bantu bila tiba masanya. Menangis
saya masa ni rasa Allah sangat baik dengan sy. Terima kasih ya Allah.. Its ok
walaupun VIP seat. Janji saya ada dalam IMKK dan paling penting janji sy dengan
nurin untuk pergi sama sy tunaikan. Syukur ya Allah..terima kasih ya Allah..
Dalam hati its ok VIP seat. Ini yang sesuai dengan saya
waktu ni. Tapi dalam doa, saya nampak saya kat depan dr azizan osman. Betul betul
depan. Saya ada paling depan antara
super supreme.
Sehari sebelum IMKK, nurin beep sy. Ada org nak jual ticket
super supreme RM1500 mulanya. Suddently last nak jual dengan harga RM1200.
Nurin: ‘kalau adek kat kisah, saya bayarkan dulu,..nanti bila bila ada
adek bayar.
Ya Allah..betulkah apa saya dengar. Allah kabulkan
permintaan saya SEHARI sebelum IMKK. Benarlah, Allah tahu KENAPA dan SIAPA yg
DIA uji. Dan BILA waktu yang sesuai untuk DIA kabulkan permintaan kita. Dia hadirkan
ujian, Dia berikan senyuman.,terima kasih ya Allah. Saya pergi IMKK dengan
ticket super supreme. Allah tolong saya, jadi ticket VIP sy bagi free pada org
yg betul2 memerlukan. Tapi takda pun kawan kawan sy yg perlukan perubahan
hidup. Mungkin Allah belum pilih mereka untuk sampai sana. Allah know what the
best to us. Percayalah ual. Andai belum dapat apa yg kita nak, maksudnya ia
belum sesuai untuk kita. Apa yg berlaku pada kita hari ini, saat ini,..
sebenarnya ini yg terbaik untuk kita. inshaAllah..
jumpa ex-silterrian ramai jugak kat sini. salah sorangnya Anwar Zainuddin |
Dr bagi seminit untuk snap moment. |
Continue part-2,stay tune :)