Pages

Wednesday, 4 March 2015

Rezeki kesihatan, rezeki kekayaan, rezeki kejayaan..rezeki kebahagiaan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. salam sejahtera follower adekmahani.blogspot.com. terima kasih sudi masuk ke entri  ini. Ada doa untuk kita semua dihujung entri nanti,.. InshaAllah doa dari hati.

Have a nice Thursday, sihat kut naa semua hari ni. hari ni hari saya untuk diri sendiri :)

Bangun awal pagi tadi kemas rumah,..terasa segar dengan haruman febreze. Basuh baju.. Baca buku.. baca post yang bagus bagus..positivekan diri. Manjakan diri. Tenangnya rasa bila berdamai dengan takdir Allah. Senyum.. senyum lagi. Tarik nafas dalam dalam dalam kiraan 4, tahan dalam kiraan 2, dan lepaskan dalam kiraan 8.. hembus.. dan cakap hal yang baik baik kita nak ia berlaku hari ni. Teruskan setiap kali nak solat. Semoga kita semua beroleh solat yang kusyu’ dan InshaAllah diterima Allah SWT.

Lepas menghupdate 2-3 post FB#AdekSomey tadi, saya kuar makan.

Bukan nak cite tu sebenarnya. Tadi lepas makan, saya g LHDN. Amboi.. ramainya orang queue  untuk BR1M. Alhamdulillah rezeki mereka. Saya doakan semua mereka yang beratur tadi, tahun tahun seterusnya tidak lagi layak menerima BR1M. Semoga Allah menrezekikan mereka menjadi tangan di atas tangan yang sentiasa memberi. Bukan lagi tangan di bawah tangan yang menerima.

Yes,betul. Saya juga queue tadi. Tapi saya queue untuk ayah. Saya tak layak untuk BR1M, Alhamdulillah. Bukan nak cakap saya cukup senang. Tak.. sebab saya sentiasa ingin menjadi tangan yang di atas,..dan saya doakan semua yang membaca entri ini akan bertambah tambah rezeki dr hari ke hari. Rezeki kesihatan, rezeki kekayaan, rezeki kebahagiaan..rezeki kejayaan. Saya doakan :)

Jum kita submit doa. Manja dengan Allah SWT..mudah mudahan kita semua ni mendapat tempat di sisi Allah.

Bismillahirrahmanirrahim,..
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kecil dan dosa besar yang pernah kami lakukan..dosa samada yang kami sengajakan atau tidak. Dosa samada kami sedar atau tidak. Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami..sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami sejak kami kecil. Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu. Berilah kami semua kesudahan yang baik. Jauhilah kami dari nafsu jahat, perbuatan jahat manusia. Semoga silaturrahim yang terbina antara kami semua beroleh keredhaanMu serta kekal dunia akhirat. Berilah kami silaturrahim yang memberi manfaat antara satu sama lain.

Ya Allah, permudahkanlah urusan rezeki kami. Perbanyak dan perhebatkankanlah rezekiMu yang luas itu buat kami. Sesungguhnya Engkau yang memilih siapa yang Kau kehendaki. Pilihlah kami ya Allah..
Ya Allah,.. andaikata dalam berjuta orang, hanya seorang yang berjaya, pilihlah aku ya Allah
Andaikata dalam seratus ribu orang, hanya seorang yang berjaya, pilihlah aku ya Allah
Andaikata dalam sepuluh ribu orang, hanya seorang yang berjaya, pilihlah aku ya Allah
Andaikata dalam seribu orang hanya seorang yang berjaya, pilihlah aku ya Allah
Andaikata dalam seratus orang, hanya seorang yang berjaya, pilihlah aku ya Allah
Andaikata dalam sepuluh orang hanya seorang yang berjaya, pilihlah aku ya Allah
Tapi andaikata hanya seorang yang berjaya, pilihlah KAMI SEMUA ya Allah..menjadi seorang yang kaya, berjaya, bahagia dunia dan akhirat.

Ya Allah, andai nanti tiba suatu masa saat ajal menjemput, pilihlah kami pergi dalam keadaan yang mulia, dalam keadaan redhaMu ya Allah, redha mereka yang berhak ke atas diri kami. Pilihlah kami pergi dalam keadaan husnuh khatimah. Permudahkanlah sakaratulmaut kami, pengurusan jenazah kami, pengebumian kami. Luas dan lapangkanlah kubur kami.. terangi dan cahayakanlah kubur kami ya Allah. Hilangkanlah ketakutan kami disaat bertemu malaikatMu. Selamatkanlah kami dari siksaan kubur.. dan bantulah perjalanan kami di alam kubur menuju ke hari akhiratMu.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau sebaik baik pendengar, Engkau sebaik baik penolong. Kami serahkan seluruh kehidupan kami ini padaMu. Aturlah ya Allah, mana yang terbaik untuk kami. Kami adalah hakMu ya Allah.. ujilah kami sebanyak mana yang Engkau mahu. Sesungguhnya Engkau yang berHak keatas sesuatu.. aamiin ya rabbal a’lamin..

Subhanallah
Alhamdulillah
Allhuakbar

Jangan lupa esok Jumaat, sama sama kita baca surah Al-Kahfi
Setiap malam cuba istiqamah baca surah Al-Waqiah, moga dipermudahkan urusan rezeki.
Tiap malam nak tdo baca surah Al-Mulk, menghilangkan ketakutan disaat bertemu Malaikat di alam kubur. Melapang dan mencerahkan kubur. InshaAllah..

Kita hari ini menunjukkan siapa kita di Sana nanti :)

Mar’15 promo:)
1-      ESP- Buy6 Foc1
2-      ESP- Buy2 get 5% off
3-      Promo “Buy3 Foc1 Zinc Complex+ Vita Lea for Children


Home sweet home ^__^


SID #965352
Adek Mahani 019-5914240



No comments:

Post a Comment